Sunday, 17 September 2017

TEKNOLOGI KRISIS MAKANAN

1.  FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KRISIS MAKANAN


Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah pertambahan penduduk di dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan ialah antara alasan yang telah dijadikan sebagai punca berlakunya kekurangan makanan di dunia hari ini. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui tahap 9 billion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan akan mendesak kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang pastinya tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan (kekurangan) sumber-sumber yang ada seperti tanah untuk bercucuk tanam dan juga bekalan air yang bersih untuk pengairan penanaman. Kepesatan permintaan secara mendadak dari kawasan ekonomi yang sedang pesat membangun seperti di China dan India juga telah dikatakan sebagai faktor penambah kepada ketidakseimbangan antara pengeluaran makanan dunia dan juga permintaan bahan makanan dunia.

            Keadaan ini juga telah dikatakan menjadi bertambah rumit lagi apabila faktor kebolehan pengeluaran juga telah terjejas akibat bencana alam seperti El Nino dan La Nina, pencemaran alam sekitar dan perubahan yang ketara pada iklim “rumah hijau” dunia secara keseluruhan. Australia telah dikatakan mengalami kemarau terburuk pada tahun 2007 dan telah menyebabkan hasil pengeluaran gandumnya menyusut sebanyak 55%. Hasil penuaian daripada China juga telah menyaksikan penurunan sebanyak 15% sepanjang pemantauan daripada Januari 2000. Faktor-faktor ini adalah dikatakan menjadi penyebab secara langsung kurangnya bekalan makanan yanag boleh diperolehi oleh penduduk dunia pada hari ini.

            Pada masa yang sama, faktor kenaikan harga barangan makanan juga telah dikaitkan dengan “kesan penggandaan” kepada beban yang telah pun sedia terhasil akibat daripada kemelut ini. Hal ini adalah kerana, apabila harga barangan makanan meningkat, maka akan menjadi semakin sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara amnya untuk mendapatkan bekalan makanan tersebut selari dengan sistem ekonomi kapitalis dunia yang digunapakai pada hari ini. Kenaikan harga barangan ini telah dikaitkan dengan kenaikan harga minyak dunia dan juga bahan tenaga yang lain yang menjadi keperluan untuk memproses daripada bahan mentah asalnya, mengilang produk dan kos pengangkutan barangan makanan tersebut kepada penjual dan pengguna.

            Di samping itu, penghasilan bahan api bio bukan sahaja dikatakan telah melambungkan harga sumber makanan yang berkaitan, malah sekaligus mengurangkan jumlahnya dalam pasaran untuk keperluan makanan manusia dunia. Pada tahun lepas sahaja 30% daripada jumlah tuaian jagung Amerika Syarikat telah digunakan untuk penghasilan Ethanol (antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan bahan api bio) dan jumlah ini pastinya memberikan impak yang besar kerana Amerika Syarikat menyumbang kepada 70% pasaran jagung dunia.

            Hakikatnya atau faktor yang diperkatakan tadi adalah bertentangan dengan realiti yang ada. Hairan jikalau dikatakan kekurangan bekalan makanan masih berlaku sekalipun apabila sebenarnya tahap pengeluaran makanan dunia pula bertambah melebihi tahap pertambahan penduduk dunia sedangkan jika dibandingkan antara jumlah penduduk dunia pada tahun 1961 dan 2005 kita dapati jumlah penduduk dunia telah bertambah sebanyak 2.1 kali ganda. Akan tetapi jika kita bandingkan tahap pengeluaran makanan antara tahun yang sama, kita dapati pengeluaran makanan dunia telah bertambah 2.8 kali ganda. Hal ini bermakna, jumlah makanan yang telah dihasilkan untuk setiap individu telah bertambah saban tahun. Oleh yang demikian, rasional bahawa antara punca krisis bekalan makanan adalah kerana bertambahnya bilangan penduduk dunia adalah pena’kulan yang meleset.

            Untuk isu perubahan tabiat makanan penduduk dunia yang dikatakan menjadi punca pertambahan permintaan makanan pula, realitinya harus dikaji dengan lebih teliti lagi. Jika kita tanya, benarkah penduduk dunia zaman sekarang makan lebih banyak berbanding dengan penduduk dunia puluhan atau ratusan tahun dahulu, walhal saiz perut manusia lebih kurang sama sahaja? Secara logiknya, keperluan makanan untuk bekalan tenaga manusia seharusnya menjadi semakin berkurangan oleh sebab manusia telah semakin banyak menggunakan mesin dan jentera bagi melakukan tugas-tugas, berbanding orang dahulu yang semata-mata bergantung kepada tulang empat kerat untuk bekerja. Jadi adakah benar manusia sekarang makan lebih banyak ataupun sebenarnya manusia zaman sekarang ini "membazir" dengan lebih banyak?

            Akan tetapi jika dilihat laporan kajian tentang pembuangan sisa-sisa makanan penduduk dunia kenyataan kedua sebenarnya lebih tepat. Sebagai contoh, setiap tahun sebanyak lebih daripada 160 billion kilogram makanan telah disediakan di Amerika Syarikat. Daripada jumlah ini, hampir 45 billion kilogram (termasuk sayur-sayuran segar, buah-buahan, susu dan produk bijirin) telah dibuang ke dalam tong sampah. Ironinya, secara purata, 4 billion kilogram makanan sudah cukup untuk menyelesaikan masalah kebuluran yang sedang melanda dunia sekarang.

            Bagi masalah bencana alam seperti banjir dan kemarau, memang benar manusia tidak mampu untuk menghalang kesan langsung yang akan berlaku. Namun, bencana tersebut bukanlah sesuatu yang sentiasa berlaku setiap hari atau setiap bulan sehingga sentiasa mengganggu keseluruhan sistem pengeluaran makanan dunia. Bencana sebenarnya hanya memberikan kesan jangka pendek, bukan kesan jangka panjang dan biasanya masalah ini akan pulih dalam jangka waktu yang singkat. Bencana tidak pernah menjadi kesan berpanjang sehingga surutnya jumlah makanan dunia. Sebagai contoh, di Malaysia, fenomena tengkujuh dan banjir besar yang melanda beberapa buah negeri diMalaysia (bersifat sementara) setiap tahun, tidak pernah menyebabkan Malaysia berada dalam krisis makanan. Jika berlaku sekalipun masalah kekurangan, masalah ini sebenarnya bukanlah disebabkan oleh ‘kekurangan’ itu sendiri, tetapi kerana wujudnya aktiviti ‘penyorokan’ dan juga penimbunan oleh pembekal serta pengagihan yang tidak efisyen.

            Begitu juga dengan permasalahan-permasalahan kekurangan bekalan makanan kerana penggunaannya untuk penghasilan bahan api bio. Fenomena ini sebenarnya lebih bersifat permasalahan pengurusan bekalan dan bukannya punca masalah dan perkara itu belum lagi mengambil kira aktiviti spekulasi harga komoditi bermotivasikan ketamakan di pasaran hadapan (future market) yang bertanggungjawab menaikkan harga minyak dan makanan secara tamak dan tidak realistic





2. CARA ATASI KRISIS MAKANAN

Untuk mengatasi krisis makanan dunia ini, negara-negara pertanian boleh memainkan peranannya. Antara kaedah bagi mengatasi krisis ini ialah pertama, kawasan tanaman mestilah diperluaskan untuk menambah bekalan. Contohnya seperti yang dilaksanakan di Malaysia di mana negeri Sabah dan Sarawak telah dijadikan negeri pertanian bagi menambahkan sumber makanan kepada rakyat. Kawasan tanah bukit juga boleh digunakan untuk penanaman andainya mengikut teknologi yang sesuai seperti sistem pengairan moden, baja, teknik tanaman dan sebagainya.
           
            Hakikatnya, negara-negara membangun seperti Malaysia mempunyai empat kekuatan iaitu tanah yang subur, sumber air yang melimpah-limpah, sumber manusia yang besar, dan kekayaan sumber alam semulajadi. Dengan tanah yang subur dan luas, pertanian perlu difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran pertanian berasaskan penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan lahan pertanian melalui penerapan undang-undang yang bersangkutan dengan hukum tanah pertanian. Selain itu, sistem pengangkutan yang efisien juga perlu dibangunkan agar pengedaran makanan menjadi lebih teratur, berkesan, cepat dan mudah.

            Dari aspek sumber manusia, dianggarkan terdapat lebih kurang 48 juta orang yang menjalankan aktiviti pertanian. Bagi memastikan setiap individu di dalam negara-negara membangun mendapat keperluan asasnya, kerajaan perlu memberikan peluang dan galakan kepada orang-orang miskin dan tidak berkemampuan untuk bertani dengan memberikan tanah lahan secara percuma, subsidi dan apa juga bantuan kepada mereka.

            Negara-negara membangun terutamanya negara-negara pertanian di seluruh dunia harus mencontohi Malaysia di mana telah mewujudkan beberapa projek mega pertanian seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Zon Industi Akuakultur, Ladang Kontrak, Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani dan Pusat Fidlot Nasional. Malaysia juga melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti tujuh langkah perlaksanaan iaitu meningkatkan pengeluaran beras, pewujudan stok penimbal beras, pemberian insentif kepada pengusaha-pengusaha pertanian dan mewujudkan program peningkatan pengeluaran dan produktiviti bagi sektor tanaman, ternakan dan pertanian. Langkah lain termasuk mengukuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan pasaran dan pengagihan hasil-hasil pertanian, melaksanakan program Bumi Hijau dan mengurus kawasan terbiar untuk meningkatkan pengeluaran komoditi sekuriti.

            Negara-negara membangun khususnya negara pertanian di seluruh dunia juga harus beralih kepada melaksanakan teknik kultur tisu. Teknik kultur tisu, Molecular Assisted Selection (MAS) dan penggunaan bioreactor boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti makanan.

            Bioteknologi harus dilihat sebagai alat yang boleh dimanfaatkan ketika dunia menghadapi krisis makanan kerana pemilihan baka atau benih yang dihasilkan menerusi bioteknologi mempunyai ciri-ciri yang lebih baik sama ada cepat matang, hasil lebih tinggi dan tahan penyakit. Teknologi kini dapat membantu pengeluaran makanan khususnya yang asas seperti padi, gandum dan jagung, meskipun wujud prejudis daripadanya. Isu-isu seperti organisme terubah suai secara genetik (GMO)





3. Krisis makanan dunia bagaimana untuk mengatasinya


SEMUA manusia yang hidup di dunia ini memerlukan makanan. Tidak dapat dinafikan makanan adalah salah satu keperluan asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian. Oleh yang demikian, isu krisis makanan bukanlah satu isu remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Apa yang membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia sekarang ini melibatkan bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang menjadi keperluan asas setiap individu di atas dunia ini.

            Menurut statistik Bank Dunia, harga pasaran makanan global secara purata telah meningkat sebanyak 75% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia sahaja telah mencatatkan kenaikan sebanyak 200% manakala harga makanan ruji yang lain seperti beras dan kacang soya telah mencatatkan paras tertinggi.

            Kenaikan harga pasaran bijirin juga telah memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang lain secara langsung atau tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan makanan tenusu. Sehubungan dengan situasi ini, pelbagai krisis telah melanda merata tempat di dunia dan tidak lagi terbendung kepada negara-negara tertentu sahaja. Menurut Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih dari 73 juta orang di 78 negara yang bergantung kepada sumbangan makanan dari pertubuhan itu akan menghadapi pengurangan bekalan pada tahun-tahun mendatang.

            Pada masa yang sama, faktor kenaikan harga barang makanan juga dikatakan menggandakan lagi kesan yang berlaku. Ini kerana apabila harga barang makanan meningkat, maka semakin sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara amnya untuk mendapatkan makanan tersebut selari dengan teori mekanisma harga yang menjadi mekanisma asas pengagihan dalam sistem ekonomi kapitalis. Kenaikan harga barang dagangan ini pula dikatakan berpunca daripada kenaikan harga minyak dunia.

            Masalah pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran makanan juga antara alasan yang sering dijadikan ‘punca’ mengapa berlakunya kekurangan makanan di dunia. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah melampaui tahap 9 bilion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini dikatakan akan mendesak kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang tidak mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan atau kekurangan sumber-sumber yang ada seperti air, tanah ladang dan sebagainya.

            Menurut Program Bahan Makanan dan Pertanian PBB, masyarakat antarabangsa perlu menubuhkan rizab antarabangsa untuk menstabilkan harga bahan makanan. Rizab itu juga perlu ditubuhkan di pelbagai negara dan kawasan untuk menyediakan bahan makanan kepada penduduk yang hidup susah ketika berlakunya krisis. Selain itu, pelbagai negara khususnya negara-negara membangun perlu meningkatkan peruntukan dalam bidang pertanian. 98% penduduk yang menderita kelaparan adalah dari negara-negara membangun.

            Untuk mengatasi krisis makanan dunia ini, negara-negara pertanian boleh memainkan peranannya. Antara kaedah bagi mengatasi krisis ini ialah pertama, kawasan tanaman mestilah diperluaskan untuk menambah bekalan. Contohnya seperti yang dilaksanakan di Malaysia di mana negeri Sabah dan Sarawak telah dijadikan negeri pertanian bagi menambahkan sumber makanan kepada rakyat. Kawasan tanah bukit juga boleh digunakan untuk penanaman andainya mengikut teknologi yang sesuai seperti sistem pengairan moden, baja, teknik tanaman dan sebagainya.

            Hakikatnya, negara-negara membangun seperti Malaysia mempunyai empat kekuatan iaitu tanah yang subur, sumber air yang melimpah-limpah, sumber manusia yang besar, dan kekayaan sumber alam semulajadi. Dengan tanah yang subur dan luas, pertanian perlu difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran pertanian berasaskan penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan lahan pertanian melalui penerapan undang-undang yang bersangkutan dengan hukum tanah pertanian. Selain itu, sistem pengangkutan yang efisien juga perlu dibangunkan agar pengedaran makanan menjadi lebih teratur, berkesan, cepat dan mudah.

            Dari aspek sumber manusia, dianggarkan terdapat lebih kurang 48 juta orang yang menjalankan aktiviti pertanian. Bagi memastikan setiap individu di dalam negara-negara membangun mendapat keperluan asasnya, kerajaan perlu memberikan peluang dan galakan kepada orang-orang miskin dan tidak berkemampuan untuk bertani dengan memberikan tanah lahan secara percuma, subsidi dan apa juga bantuan kepada mereka.

            Negara-negara membangun terutamanya negara-negara pertanian di seluruh dunia harus mencontohi Malaysia di mana telah mewujudkan beberapa projek mega pertanian seperti Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Zon Industi Akuakultur, Ladang Kontrak, Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani dan Pusat Fidlot Nasional. Malaysia juga melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti tujuh langkah perlaksanaan iaitu meningkatkan pengeluaran beras, pewujudan stok penimbal beras, pemberian insentif kepada pengusaha-pengusaha pertanian dan mewujudkan program peningkatan pengeluaran dan produktiviti bagi sektor tanaman, ternakan dan pertanian. Langkah lain termasuk mengukuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan pasaran dan pengagihan hasil-hasil pertanian, melaksanakan program Bumi Hijau dan mengurus kawasan terbiar untuk meningkatkan pengeluaran komoditi sekuriti.

            Negara-negara membangun khususnya negara pertanian di seluruh dunia juga harus beralih kepada melaksanakan teknik kultur tisu. Teknik kultur tisu, Molecular Assisted Selection (MAS) dan penggunaan bioreactor boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti makanan.

            Bioteknologi harus dilihat sebagai alat yang boleh dimanfaatkan ketika dunia menghadapi krisis makanan kerana pemilihan baka atau benih yang dihasilkan menerusi bioteknologi mempunyai ciri-ciri yang lebih baik sama ada cepat matang, hasil lebih tinggi dan tahan penyakit. Teknologi kini dapat membantu pengeluaran makanan khususnya yang asas seperti padi, gandum dan jagung, meskipun wujud prejudis daripadanya. Isu-isu seperti organisme terubah suai secara genetik (GMO) menjadikan manusia ragu-ragu terhadap teknologi tersebut tetapi Molecular Assisted Selection boleh menjadi alternatif.

            Kawasan penanaman semakin berkurangan sedangkan penduduk semakin meningkat. Justeru, sebagai alternatif, bioteknologi boleh meningkatkan pengeluaran makanan secara berganda untuk keperluan manusia. Universiti dan agensi penyelidikan tempatan seperti Universiti Putra Malaysia dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), sebagai contoh boleh menggandakan usaha menghasilkan lebih banyak penyelidikan yang mampu melipatgandakan pengeluaran produk makanan.
            Kesimpulannya, negara-negara membangun terutamanya negara-negara pertanian boleh memainkan peranan yang besar dalam mengatasi krisis makanan dunia. Walaupun negara-negara ini sinonim dengan kemiskinan tetapi kekayaan tanah yang subur, sumber air yang melimpah-limpah, sumber manusia yang besar, dan kekayaan dari sumber alam semulajadi merupakan anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai harganya yang boleh dijadikan modal asas dalam usaha menggiatkan bidang pertanian.







Tahun 2008 yang telah berlalu meninggalkan banyak peristiwa. Di antaranya ialah Krisis Makanan Dunia dan Krisis Kewangan Global. Kedua-dua krisis ini berkait diantara satu sama lain dan krisis ekonomi sedunia dikatakan terjadi dari beberapa peristiwa hingga berlakunya kegawatan ekonomi di seluruh dunia. Ini merangkumi harga bahan api berasaskan petroleum yang tinggi yang menyebabkan harga makanan tinggi (akibat pergantungan penghasilan makanan pada petroleum, di samping menggunakan hasil tanaman makanan bagi penghasilan biofuel seperti etanol dan biodiesel sebagai alternatif kepada petroleum) dan inflasi sedunia; krisis kredit yang mengakibatkan kejatuhan bank-bank pelaburan dan komersil yang besar serta ternama di merata dunia; pengangguran yang semakin menjadi-jadi; dan kemungkinan kemelesetan sejagat.

Dekad 2000-an menyaksikan ledakan komoditi, iaitu harga komoditi utama melambung semula setelah melalui Kemelesetan Komoditi Besar sekitar tahun 1980 – 2000. Namun pada tahun 2008, harga-harga kebanyakan komoditi, khususnya minyak dan makanan, melambung begitu tinggi sehingga menjejaskan ekonomi, membawa ancaman stagflasi dan pengunduran globalisasi.

Pada bulan Januari 2008, harga minyak mencecah US$100 setong buat julung kalinya dalam apa yang disifatkan antara peristiwa penting terawal yang berlaku sepanjang tahun lalu. Pada bulan Julai, harga minyak mencapai tahap US$147 setong, namun selepas itu kembali menjunam.

Pada separuh kedua tahun 2008, harga kebanyakan komoditi menjunam atas jangkaan permintaan berkurangan dalam keadaan ekonomi dunia meleset.

Amerika Syarikat memasuki tahun 2008 ketika mengalami pembetulan pasaran perumahan, krisis gadai janji subprima dan kemerosotan nilai dolar. Pemerhati mengatakan bahawa krisis kewangan di AS mungkin dilihat sebagai yang paling teruk semenjak berakhirnya Perang Dunia II.

Keadaan diburukkan dengan Krisis harga makanan sedunia 2007-2008 yang merujuk kepada kenaikan harga makanan global secara mendadak yang mengakibatkan keadaan krisis di sesetengah kawasan termiskin di dunia, serta ketidakstabilan politik dan pergolakan sosial di sesetengah negara.

Punca-punca jangka pendek termasuk penuaian berkurangan sesetengah kawasan di dunia akibat daripada perubahan iklim dan bencana alam, khususnya Australia. Punca-punca lain bagi kenaikan harga makanan sedunia juga disebabkan peningkatan penggunaan biobahan api di negara-negara maju, dan peningkatan permintaan untuk diet yang lebih terutamanya daging di kalangan golongan kelas menengah yang semakin mengembang di Asia. Selain itu, kenaikan harga minyak yang berterusan telah menaikkan harga baja. Faktor-faktor ini, ditambah pula dengan simpanan stok makanan sedunia yang menurun serta ketidakstabilan akibat spekulasi pasaran saham, semuanya menyumbang kepada kenaikan harga makanan secara mendadak di seluruh dunia.

Sejak awal tahun 2007 hingga tahun 2008, harga-harga sesetengah komoditi makanan antarabangsa paling asas naik mendadak di pasaran antarabangsa. Harga pasaran gandum antarabangsa berganda dari Februari 2007 hingga Februari 2008, mencapai rekod melebihi AS$10 sebusyel. Harga beras turut mencapai takat tertinggi dalam jangka 10 tahun. Di sesetengah negara, harga susu dan daging meningkat lebih dua kali ganda, sementara harga soya (yang mencapai harga tertinggi sejak 34 tahun pada Disember 2007) dan jagung turut naik mendadak.

Untuk memastikan bekalan makanan masih mencukupi untuk penduduk tempatan serta mengekang inflasi harga yang serius, sesetengah negara Asia seperti China, India, Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan lain-lain (termasuk Mesir) mengenakan sekatan eksport beras. Sesetengah negara Eropah pula, termasuk Ukraine, Rusia dan Serbia, turut sama mengenakan tarif tinggi atau menghalang eksport gandum dan makanan lain sama sekali, sekaligus memacu lagi peningkatan harga untuk negara-negara pengimport makanan. Seperti negara membangun yang lain, Malaysia juga menghadapi tekanan harga makanan yang melambung tinggi di pasaran dunia. Walaupun harga makanan asas seperti beras dikawal oleh kerajaan Malaysia sudah ada desakan terutama dari golongan petani supaya harga padi dinaikkan sejajar dengan lonjakan harga beras di pasaran antarabangsa.

Apa yang pasti, krisis harga makanan ini telah menyebabkan perubahan kepada dunia. Era harga pertanian dan makanan murah akan tamat kerana perubahan fundamental – terutama dari segi pengeluaran disebabkan kenaikan harga bahan api (petrol dan diesel), persaingan ke atas sumber untuk tujuan makanan dan biofuel, sumber pertanian yang kian terhakis dan tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan, perubahan iklim dan polisi kerajaan negara membangun yang mengabaikan pertanian kerana mengejar pertumbuhan melalui perindustrian





5. TEKNOLOGI BANTU TINGKAT PENGELUARAN PERTANIAN


Menjelang tahun 2050 dijangkakan antara 70 hingga 80 peratus penduduk Malaysia akan mendiamai kawasan bandar.

Rata-rata kawasan luar bandar akan berubah wajah menjadi bandar sekali gus menyebabkan kawasan pertanian semakin menyusut.

Impaknya, Malaysia bakal mengalami penyusutan hasil pertanian dan bakal mencetuskan fenomena krisis makanan.

Isu keselamatan makanan antara perkara yang perlu difikirkan secara serius sedari hari ini.

Menurut pakar pertanian tempatan, Datuk Dr. Makhdzir Mardan, penyusutan kawasan pertanian dapat dilihat dengan ketara pada hari ini dan perkara tersebut bakal berlanjutan.

Jelasnya, tanpa ada sebarang perancangan awal kemungkinan negara terjerumus ke kancah krisis makanan adalah amat tinggi.

“Malaysia banyak bergantung kepada produk pertanian yang diimport dan penghasilan produk pertanian dalam negara kini semakin berkurangan akibat penggunaan tanah untuk tujuan pembangunan.

“Oleh yang demikian apakah penyelesaian terbaik bagi mengatasi isu ini? Bagi saya konsep pertanian bandar adalah idea yang terbaik, lebih efisien, teratur serta menggunakan teknologi terkini,” katanya ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini.

Tambah Dr. Makhdzir yang juga Ketua Eksekutif Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA), pertanian bandar tidak memerlukan kawasan yang luas dan boleh difokuskan kepada tanaman yang biasanya diperlukan dalam kehidupan seharian bagi meringankan beban penduduknya.

Antara tanaman yang sesuai untuk pertanian bandar adalah sayur-sayuran.

Penggunaan konsep dan teknologi perladangan menegak (vertical farming) dilihat amat sesui dipraktikan di kawasan bandar kerana tidak memerlukan kawasan yang luas.

Dalam pada itu, beliau yang juga bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) turut menekankan bahawa cuaca dunia kini semakin tidak menentu menjadikan produktiviti pertanian juga terjejas.

“Isu pemanasan global contohnya telah menyebabkan kenaikan paras air laut sekali gus menyebabkan kandungan air masin akan membanjiri kawasan pertanian yang berdekatan persisir pantai dan muara.

“Kadar keasinan air ini pastinya akan menjejaskan tumbuhan dan menyebabkan produktivitinya merosot,” katanya.

Faktor hujan yang melampau, kemarau panjang juga menyebabkan sektor pertanian sering mengalami kerugian selain tanaman yang dihasilkan tidak begitu menjadi.

Bagaimanapun katanya, ke semua faktor tersebut dapat diatasi dengan teknologi rumah hijau iaitu suhu, kadar air, dan penyakit dapat dikawal oleh manusia.

“Benar, teknologi ini agak mahal sekarang jika dibandingkan dengan kaedah tradisional dengan menanam tanaman secara terus ke atas tanah.

“Tetapi apa pilihan yang kita ada apabila negara semakin pesat membangun dan penggunaan tanah tidak dapat kita halang,” katanya.

Untuk mengatasi isu tersebut, negara perlu memfokuskan kepada kajian dan mengembangan (R&D) untuk menghasilkan teknologi yang sama pada kos yang lebih rendah.

“Kita perlu memaksimumkan penggunaan sumber sedia ada dan jangan membazir.

“Sebagai contoh penanaman sayur-sayuran boleh diintegrasikan bersama ternakan ikan agar hasil kumuh ternakan dapat digunakan semula sebagai baja kepada tanaman,” ujarnya.

Teknologi sedemikian telah diperkenalkan namun kekangan kos menyebabkannya tidak popular.


Oleh yang demikian menjadi tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat untuk mencari penyelesaian menerusi R&D agar kos tersebut dapat dikurangkan.

No comments:

Post a Comment

TEKNOLOGI KRISIS MAKANAN

1 .  FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KRISIS MAKANAN Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah pertambahan penduduk di dunia yang ...