Friday, 15 September 2017

STRES

1. PUNCA STRESS          

3.1 Amalan Pemakanan
Stress sering dikaitkan dengan amalan pemakanan. Sesetengah orang cukup selesa dengan mengambil makanan dalam kuantiti yag sedikit manakala yang lain pula mengalami pertambahan selera makan yang mendadak dan mengambil kuantiti makanan yang berlebihan tidak mengira waktu.
Dalam mengharungi dunia kehidupan yang semakin mencabar, aspek pemakanan jarang diberikan perhatian yang khusus di kalangan masyarakat. Kehidupan yang padat dan tugasan yang perlu diselesaikan menjadikan mereka mengabaikan jadual makan yang sempurna.

Dr. Azahari Rosman (1992) menyifatkan bahawa makanan adalah punca kepada segala jenis penyakit. Apabila tubuh mengalami masalah kesihatan, seseorang itu akan mudah mengalami tekanan emosi. Islam sentiasa menggalakkan umatnya bersederhana dalam amalan kehidupan dan mengarahkan manusia memberikan hak-hak tubuh badan seperti rehat dan tidur yang cukup. Amalan pemakanan yang tidak teratur akan menyebabkan kelesuan, kepenatan dan berlanjutan kepada masalah stress.


3.2 Keupayaan Diri Yang Terhad
Sesetengah individu sering memikirkan apakah yang terbaik mampu dilakukan oleh diri mereka. Bagi yang teliti atau cerewet, sering akan mengabaikan pendapat rakan sekumpulannya dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan. Ia akan berpendapat bahawa idea sendiri adalah lebih baik daripada idea dan pendapat orang lain. Bagi mendapatkan kepuasan itulah mereka akan mengabaikan keupayaan diri sendiri dan tidak mampu memikul bebanan tugas sepertimana rakan sekumpulan. Ini akan menimbulkan stress kepada mereka.

3.3 Kerja Yang Tidak Terancang
Kebanyakkan individu sering mengabaikan tugasan-tugasan yang diberikan kepada mereka dan gemar membuat kerja di saat akhir. Sikap sedemikian akan memerangkap diri sendiri. Tugasan yang semakin bertambah di samping keupayaan diri yang terhad dalam menyelesaikan masalah akan mengundang kepada stress yang kronik.

3.4 Rehat Yang Kurang
Ramai individu menghabiskan masa dengan perkara yang sis-sia seperti keluar bersiar-siar hingga larut malam, menonton video, atau pun berbual-bual kosong dalam tempoh yang lama. Tidur yang berkurangan akan menyebabkan tubuh tidak mendapat rehat yang mencukupi bagi menghadapi rutin harian keesokkan harinya. Akibatnya, individu tidak mendapat rehat yang mencukupi bagi menghadapi rutin seharian. Kesan dari itu proses kehidupan akan terganggu dan individu akan mengalami stress apabila fizikalnya tidak mempunyai kerehatan yang mencukupi.

3.5 Masalah ‘Workaholic’
Punca stress dapat di kesan melalui beban kerja yang terlalu sedikit atau terlalu banyak yang diterima oleh individu. Individu yang bekerja dibawah desakan masa atau tekanan untuk mengejar masa akan menyebabkan dirinya mengalami stress. Individu tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya dalam sesuatu kerja seperti kenaikan pangkat, kekecewaan dan bosan dengan tanggungjawab sekarang serta dikehendaki melakukan kerja-kerja atau tugasan melampaui kebolehan dan keupayaan sebenar

3.6 Rakan Yang Bermasalah
Kebanyakkan tugasan ilmiah bagi individu yang menuntut di institusi pengajian tinggi adalah melibatkan kerja berkumpulan. Adalah mendukacitakan sekiranya terdapat rakan–rakan sekumpulan yang tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya terhadap tugasan tersebut. Bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini mereka terpaksa melakukan semua kerja secara bersendirian. Impak dari tindakan ini akan menyebabkan mereka kekurangan masa bagi menguruskan perkara lain.

3.7 Masalah Keluarga
Masalah stress yang berpunca daripada keluarga yang bermasalah merupakan salah satu punca yang paling kerap dihadapi oleh individu. Ada juga individu mengalami stress kerana merasakan diri terabai dari kasih sayang keluarga kerana bilangan ahli keluarga yang ramai. Kebanyakkan ibu bapa tidak mampu menangani atau melayan anak remaja mereka mengikut peredaran usia remaja terbabit. Mereka lebih suka mengenakan kawalan dan peraturan yang menyekat kebebasan individu terbabit. Hasilnya individu atau anak-anak mereka akan mengalami tekanan emosi dan mengundang kepada stress.





2. Cara mengatasi stres dan tekanan

Tekanan atau stress memang terjadi dalam kalangan manusia. Palbagai faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan seperti masalah percintaan, keluarga, rakan-rakan, kerja dan sebagainya. Jika anda inginkan kehidupan yang gembira, anda haruslah bijak mengatasi perasaan tersebut.

Berikut merupakan panduan mengatasi tekanan iaitu:
§  Jangan tinggal solat – Sebagai seorang umat islam, kita hendaklah melakukan perkara yang wajib dilaksanakan dan meninggalkan perkara yang salah. Dirikan lah solat lima waktu dan tingkatkan ibadah sunat akan membuat hati menjadi lebih tenang. Berdoa lah kepada Tuhan agar diberikan petunjuk dan masalah duniawi dapat diselesaikan dengan baik.

§  Positif – Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Tambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.

§  Kawal emosi – Biasanya, tekanan akan menyebabkan mood menjadi tidak menentu. Adakalanya anda bermasam muka dan ada masanya anda akan marah secara tiba-tiba. Situasi tersebut adalah bergantung apa yang kita hadapi dan alami. Namun, semua itu tidak akan menyelesaikan masalah oleh itu adalah lebih baik jika kita mengawal emosi agar diri menjadi lebih tenang dan tidak mengikut perasaan.

§  Ambil masa anda – Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran anda yang sedang bercelaru tersebut. Anda boleh pergi ke tempat yang anda rasa boleh menenangkan fikiran anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang berlaku. Dengan bersendirian anda mampu berfikir dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan tekanan tersebut.

§  Luangkan masa dengan keluarga dan rakan anda – Ketika menghadapi tekanan, keluarga adalah penyembuh utama segala kedukaan di hati kita. Keluarga sentiasa ada di sisi kita ketika susah dan senang oleh itu bersama mereka adalah sesuatu yang membahagiakan dan mengembirakan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama rakan anda seperti beriadah dan makan malam bersama. Dengan itu, hati akan menjadi lebih ceria dari sebelumnya.

Diharap melalui panduan yang diberikan, kita dapat bersabar dan tabah dengan apa sahaja masalah yang di alami. Jangan mudah putus asa dan elakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik ketika menghadapi tekanan.

Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri untuk mengatasi masalah stress atau tekanan, namun pastikan ia adalah cara yang baik dan tidak memudaratkan diri sendiri





3. JENIS-JENIS DAN KATEGORI STRESS


Menurut Eric Bruley dalam bukunya Tenminute Stress Relief, stress ditakrifkan sebagai respons badan dalam menghadapi stressor samada secara fisiologi, mental atau fizikal. Stressor iaitu punca stress boleh mendatangi seseorang individu dalam pelbagai bentuk seperti stress fizikal, sosial ataupun psikologi yang menyebabkan tubuh kita perlu untuk melakukan penyesuaian untuk menghadapinya.


Stress dibahagikan kepada dua kategori iaitu eustress dan distress. Eustress adalah stress yang menghasilkan kesan positif dan kegembiraan kepada seperti perkahwinan, naik pangkat, mendapat ahli keluarga baru dan berpindah rumah. Manakala distress pula adalah stress yang mengakibatkan kesan negatif kepada mangsa seperti kematian, kemalangan jalan raya, mendapat penyakit dan beberapa musibah lain. Ini kerana setiap perubahan akan menyebabkan stress kerana individu perlu meneysuaikan diri dengan keadaan baru. Biasanya kita akan membicarakan tentang distress di mana kita perlu tenang menghadapinya. Stress ini mampu memberi kesan buruk kepada kesihatan bergantung kepada personaliti mangsanya. Bagi mangsa yang terlalu sensitif, kemungkinan ia lebih terkesan dengan kehadiran stressor dan tahap kekecewaan yang dialaminya lebih serius berbanding dengan individu yang berjiwa kental.


Jenis stress ialah bergantung kepada tindakbalas semulajadi yang berlaku kepada manusia. Secara mudah ia boleh disifatkan sebagai keadaan bersiap-sedia untuk bertindak sama ada positif (fight) atau negatif (flight). Jenis stress yang positif dapat memberi keseronokan , merangsang minda malah boleh mencetus wawasan. Eric Bruley dalam bukunya Tenminute Stress Relief berpendapat stress yang optima boleh merangsang kita bekerja, namun jika ianya melampaui batas, kemudaratan akan berlaku.




Rajah di bawah ini menunjukkan tindakbalas semulajadi terhadap stress dan bagaimana stress memberi kesan kepada prestasi kita.

• Stress yang terlalu sedikit - Tiada cabaran menyebabkan kebosanan, rendah
prestasi, tiada halatuju.

• Stress yang optimum - segala cabaran dapat ditangani dengan baik dan
menghasilkan prestasi yang memuaskan.

• Stress yang melampau - Cabaran dapat ditangani tetapi dengan hasil kerja
Yang menurun kerana keletihan.

• Kelesuan - Petanda awal yang seseorang itu mengalami burnout
kerana minda dan tubuh keletihan dan semangat bekerja





4. Simptom Anda Mengalami Stress


Stress atau tekanan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Semua manusia yang bernyawa akan mengalami stress, aku pun pernah stress, semua orang pun pernah alami stress ni.

Kadang kala kita stress ditempat kerja, stress dengan pelajaran kita, stress dengan kawan-kawan kita, stress sebab keadaan sekeliling kita, adeh banyak sangat dah stress ni.

Makna stress adalah gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaaan fizikal seseorang. Makna stress mengikut kajian pakar pula mendefiniskan stress sebagai "suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya." 

Mengikut kajian pakar, Dr Hans Selye, stress  ada bemacam-macam , ada dalam bentuk ancaman, cabaran atau apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.

Ada stress dalam bentuk positif dan ada stress yang negatif. Stress yang positif disebut "eustress" manakala stress yang negatif pula disebut sebagai "distress".

Stress yang positif ini adalah suatu tekanan yang akan mendorong kita untuk maju. Stress ini penting unutk kita sebenarnya. Jika tidak ada stress yang positif ini, kita tidak akan berbuat apa-apa untuk majukan diri kita.

Tekanan dalam bentuk positif ini akan membuatkan kita lebih kreatif, lebih berhati-hati,akan memberika lebih tumpuan di alam pekerjaan yang kita lakukan. Ia juga jadi perangsang kepada kita.

Contoh Stress yang positif: " Kita lambat siapkan kerja yang bos mintak. Lepas tu  bos marah-marah dekat kita, suruh siapkan kerja petang ni juga, sapa yang tak rasa stress kan ekan marah? Tapi kalau kita bijak kita akan siapkan kerja juga ikut masa yang ditetapkan, dan kalau kita tak tahu mengawal stress, kita buat tak tahu , lepas tu duk maki-maki bos..hahahaha...selapas itu kita akan cuba perbaiki diri siapkan kerja sebelum dateline dan lebih berhati-hati.
Dan stress yang negatif pula akan membawa perubahan yang teruk dalam diri kita, jika kita tidak mampu untuk mengawal bebanan itu, silap-silap kita juga mungkin akan mengalami tekanan jiwa.





5. LANGKAH – LANGKAH MUDAH MENGATASI STRES




Satu keadaan gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang. Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah dua faktor utama membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress di kalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga di bawah antara 

5  langkah-langkah mudah mengatsi stres yang boleh anda amalkan!


1. Berfikiran positif
Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau membebankan perasaan dan pemikiran kebiasaannya olyn akan mula berfikir secara positif. Iaitu olyn akan selalu menganggap bahawa masalah yang datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran dan rencah dalam kehidupan. manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami tekanan. Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk menangani stress masing-masing. Sebolehnya apabila menghadapi tekanan harus berfikir secara positif bahawa kita di uji kerana Tuhan sayangkan kita dan Tuhan tahu kita mampu menghadapinya oleh kita diuji. Kita juga harus berfikiran positif dan memikirkan bahawa stress adalah suatu keperluan hidup untuk kita meningkatkan kualiti kehidupan.


2. Sentiasa Mengingati Tuhan 
Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi stress. hanya Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun sebagai manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya sekental gunung di daratan.


3. Sedia berkongsi masalah 
Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai mampu mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita telah meluahkan perasaan dan berkongsi masalah dengan orang lain perasaan kita kan menjadi lebih tenang dan lega. akan merasa lebih tenang dan mendamaikan kerana keluahan telah diluahkan sepenuhnya. Namun berhati-hati, pilih individu yang boleh dipercayai.


4. Terima kelebihan dan kekurangan diri
Kebiasaannya, kita akan tertekan atau mengalami stress bila orang lain mengungkit kekurangan kita. apa salahnya jika kita menerima kekurangan diri dan kritikan yang diterima dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Terimalah juga kelebihan itu sebagai penghargaan kepada diri sendiri. Berdasarkan cara ini sekurang-kurangnya kita tahu bahawa setiap apa yang berlaku adalah bersebab.


5.Ketawa dan berseronoklah
Jika anda mengalami stress jangan sesekali menyisihkan diri daripada rakan-rakan mahupun orang lain.Cuba lah cari sesuatu yang boleh melegakan hati. Berseronoklah dan bergelak tawalah. Sesungguhnya ketawa adalah terapi bagi meregangkan urat2, otot2 dan saraf2 kita. Ia secara tidak langsung akan memberi cas positif dalam diri kita kerana kita tidak akan merasakan tertekan.



No comments:

Post a Comment

TEKNOLOGI KRISIS MAKANAN

1 .  FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KRISIS MAKANAN Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah pertambahan penduduk di dunia yang ...