1. KEPENTINGAN USAHA MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN BANGSA
Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni
budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti
tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di
negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni, dan
sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita smakin lenyap
ditelan arus pemodenan.
Budaya melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional
kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian
tradisional pelbagai kaum yang pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian
serta berwarna-warni.
Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat
Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah
terbuka pada hari kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan
bersikap mesra. Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas
mengunjungi pemimpin kita pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan
saling mengunjungi pada hari kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum.
Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu
dikekalkan.
Budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat
majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung-
mengunjungi dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak
kira keturunan, agama dan amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran
tetangga dan sahabat handai saling mengunjungi.Kita saling menerima dan
memberi. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk
perpaduan.
Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui
budaya tradisional, kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan
lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang
kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya kita yang murni juga
merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya
Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda
harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan
kepada kekayaan warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah,
wawancara serta pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat
kita akan lebih memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu
pada bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat,
dan bangunan lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat
kedudukan tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan
bersejarah perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat
diikuti dan dilihat sepanjang masa.
Warisan tradisional kita
boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung,
wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya.
Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti
kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas pantun dan tarian tradisional
akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada mereka yang
berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus berkembang.
Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya dengan lebih
dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak kenaI maka tak
cinta”.
2. KEPENTINGAN BUDAYA
Kini,
warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional
mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah
pakaian, makanan, adat resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa
selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus
dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.
Budaya
melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional
pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga
menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan
dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran
menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang
asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari
kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran
menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh
dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
Budaya
tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan
nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan
rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan
amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat
handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima
dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat
Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan
mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Salah
satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai,
landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya
di Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik ialah budaya tradisional kita,
misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan
tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia
kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal
bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula
yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya
penting untuk mengembangkan pelancongan.
Budaya
perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional,
kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan.
Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari
sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita
tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang
Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita
yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak
dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang
silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk
mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan
warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta
pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih
memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan
lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan
tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah
perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti
dan dilihat sepanjang masa.
Warisan
tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan.
Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui
Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya !
tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas
pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini
memberikan peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini,
budaya kita akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang
ramai mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat
dihayati kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
Di
samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di
Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya
tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu, media massa tempatan
perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran
kebudayaan tradisional boleh diadakan
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian,yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian,yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.
Janganlah
kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang
berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan
memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita
bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek
panas, tidak lapuk dek hujan.
3. KEPENTINGAN MEMELIHARA WARISAN BANGSA
Dalam
meniti arus kemodenan yang berteraskan sains dan teknologi ini masyarakat zaman
pascamerdeka kini kian sibuk dengan kemewahan dunia dan hampir tenggelam dalam
dunia atom ini.Masyarakat Malaysia kini juga asyik menikmati kemerdekaan dan
terlalu mementingkan obligasi tertentu untuk kepentingan masing-masing.Oleh
kerana kemajuan dunia dalam pelbagai skop ini,warisan bangsa Malaysia
seolah-olah dianaktirikan oleh penduduknya sendiri.Padahal,sering meniti dari
bibir ke bibir seluruh umat manusia dari empat penjuru dunia sibuk membicarakan
sejarah yang telah mewarnai bumi Malaysia setelah dijajah oleh kuasa asing
berdekad yang lalu.Oleh itu, sebelum mata menjadi rabun,sebelum kulit menjadi
kendur,sebelum nyawa menjadi lebur,moleklah kita melebarkan skop perbincangan
mengenai kepentingan memelihara warisan bangsa.
Mari kita kupaskan kepentingan utama dengan
menggunakan minda pelajar kelas pertama dalam membicara tentang nilai
estetika.Kita dapat mengekalkan nilai estetika negara dalam menempuh
perkembangan pesat di peringkat global.Hal ini dapat dikatakan demikian kerana
warisan negara mempamerkan keunikan dan kesenian yang hanya terdapat di
Malaysia.Sebagai contoh bangunan Stadhuys yang dibina semasa penjajahan Belanda
pada zaman pramerdeka dahulu.Pengekalan seni bangunan ini telah menimbulkan
rasa kagum terhadap peninggalan sejarah yang begitu mendalam di bumi Asia
ini.Oleh hal yang demikian,Kementerian Warisan dan Kebudayaan turut
mengambil inisiatif dalam mengekalkan warisan bangsa Malaysia seperti
memelihara dan memulih bangunan condong di Teluk Intan.Seperti yang semua sedia
maklum bangunan condong itu tetap berdiri teguh walaupun kelihatan sudah
tua.Jelaslah,warisan negara yang terpelihara akan mempunyai nilai estetika yang
dapat menjadi kebanggaan Malaysia.
Bicawara
seterusnya,warisan negara kita juga mempunyai daya tarikan pelancong asing yang
cakna akan sejarah silam Malaysia.Buktinya kemasukan pelancong asing meningkat
dari tahun ke tahun.Daya tarikan yang unik di Malaysia telah memaut hati
pelancong asing untuk menikmati keindahan dan keunikan yang ada di bumi
bersejarah ini.Tamsilnya,Kota A Famosa yang wujud sejak penjajahan Portugis
masih mendapat tumpuan pelancong asing sehingga kini.Bukankah kita bangga akan
warisan yang wujud ini? Sudah semestinya kita sebagai warganegara Malaysia
turut menzahirkan rasa kagum akan kemerdekaan dan sejarah yang penuh bermakna
ini.Jadi,tidak hairanlah jika Malaysia menjadi pilihan pelancong asing untuk
mencuci mata.Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut,masyarakat Malaysia
juga dapat menjalin interaksi sosial dengan pelancong asing di samping industri
pelancongan negara dapat melonjakkan ekonomi negara kita.Maka,tidak rugilah
kita memelihara warisan negara bangsa yang terbina sejak berkurun lamanya.
Memetik wasitah nirmala seterusnya,semangat patriotik juga
dapat dipupuk dalam kalangan rakyat Malaysia.Warna-warni sejarah yang telah
melakar nostalgia negara telah mewujudkan asimilasi pelbagai kaum yang erat
serta warisan bangsa yangistimewa.Semangat patriotik dapat dipupuk dalam
kalangan anak-anak muda sejak dari rebungnya lagi dengan adanya warisan yang
ditingalkan oleh pejuang terdahulu.Sebelum tiram memuntahkan
mutiaranya,moleklah digilap dan dijaga dengan baik agar dapat bersinar dengan
cahaya yang bergemerlapan.Begitu juga anak-anak muda yang masih berumur setahun
jagung dan darah setampuk pinang ini dapat dipupuk semangat cinta akan negara
dalam dirinya.Jadi,Malaysia dapat melahirkan benih yang baik dan modal insan
yang berguna pada masa hadapan.Tokoh pujangga juga ada menyatakan jika benih
yang baik dilontar ke udara menjadi kejora,dibaling ke laut menjadi pulau dan
dicampak ke bumi menjadi penawar.Analoginya,semangat patriotik dapat dipupuk
dalam diri semua masyarakat melalui warisan negara dan bangsa yang
masih kukuh sehingga hari ini.
Mari kita capahkan lensa perbincangan kita kepada skop
yang lebih khusus di bawah kata kunci mengenang jasa dan sejarah.Tidak dapat
dinafikan lagi kita dapat mengenang jasa perajurit-perajurit yang memengang
senjata dan sedia berkorban untuk tanah air tercinta ini.Hal ini dikatakan
demikian kerana kita seolah-olah dapat merasai detik-detik bersejarah negara
apabila melihat warisan negara yang wujud seperti Tugu Negara.Peribahasa biar
putih tulang jangan putih mata amat sebati dengan pejuang negara kita.Oleh hal
yang demikian konsep itu dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat Malaysia
disamping dapat mencetuskan semangat inkuiri yang kuat dalam kalangan
masyarakat.Oleh itu,masyarakat kini juga akan dapat menghalang anasir-anasir
jahat yang mungkin akan mendominasi ekonomi,politik mahupun sosial negara
kita.Sudah terang lagi bersuluh,warisan bangsa yang telah lahir dapat menyemai
rasa terharu dengan jasa perajurit negara dan sejarah yang telah mengukir
kemerdekaan Malaysia.Sesungguhnya hidup bukanlah satu kemenangan tetapi
sebaliknya sesuatu perjuangan.
Intihanya,warisan negara haruslah dihargai dan dipelihara
untuk melahirkan insan yang progresif dan proaktif dalam pelbagai skop dan
bijak mengatur bicara mengenai sejarah negara seperti Tun Dr.Mahatir
Mohamad.Hal ini sekali gus dapat mencantas golongan yang seperti buah
kedempung,di luar berisi di dalam kosong.Maka,ayuhlah kita bersama-sama menyeru
rakyat Malaysia untuk memelihara warisan bangsa daripada lenyap ditelan
gelombang kemodenan yang berpaksikan teknologi masa kini.Biarpun kita ingin
berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara kelas pertama yang
lain.Janganlah kita melupai jasa pejuang negara yang telah menumpahkan darah demi
mempertahankan warisan dan maruah bangsa dan negara.George Santaya ada
menyatakan manusia yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya
semula.Jadi,jangan sesekali kita menjadi seperti kacang melupakan kulit kerana
sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada guna.
4. KEPENTINGAN BUDAYA
DAN ADAT RESAM
Salah satu kelebihan
negara kita ialah masyarakatnya yang berbilang kaum. Kita mempunyai kaum
Melayu, Cina, India, dan berdozen-dozen kaum minoriti yang lain terutama di
Sabah serta Sarawak. Situasi ini menyebabkan negara kita mempunyai pelbagai adat atau budaya yang menarik
untuk diperhatikan. Malah, adat atau budaya yang unik ini mempunyai banyak
kepentingan jika dihargai dengan sewajarnya.
Sebenarnya, budaya
yang unik ini memang wajar dihargai kerana budaya inilah yang menonjolkan
sesuatu kaum itu. Tanpa budaya ini sesuatu kaum itu akan kehilangan identitinya
buat selama-lama. Budaya yang diamalkan itu seperti memakai pakaian
tradisional, makan menggunakan tangan, pergi ke kubur ketika hari raya dan
sebagainya turut menimbulkan rasa bangga kepada pengamal budaya kaum itu.
Individu yang terbabit akan berasa mereka telah berjaya mengekalkan budaya
turun-temurun nenek moyang mereka selama ini.
Selain itu, tindakan
individu tertentu menghargai budaya ini menjadi satu cara yang paling mudah
untuk mempamerkan rasa mengormati generasi tua daripada generasi muda. Budaya
memakai pakaian tradisional menjadi satu kaedah yang mudah untuk diamalkan oleh
remaja dalam usaha mereka mengekalkan budaya tradisional ini. Remaja bukan
sahaja mamu membuktikan rasa hormat mereka tetapi turut menerima penghargaan
generasi tua lantaran sanggup mengekalkan budaya.
Salah satu
kepentingan mengekalkan budaya ialah budaya mempunyai nilai-nilai murni dan
sikap menghormati. Kedua-dua sikap ini sudah hampir terkikis daripada diri
remaja negara ini. Remaja sudah mula memanggil ibu bapa mereka dengan nada yang
kasar, lari dari rumah, dan suka memarahi orang tua. Jadi, pengekalan dan
pengamalan budaya ini sudah pasti akan menonjolkan rasa hormat dan sikap atau
jati diri remaja yang murni. Remaja akan menjadi individu yang terbilang.
Malah, sikap
menghargai budaya memastikan sesuatu budaya kaum itu tidak akan luput ditelan
zaman. Lihat sahaja budaya bekerjasama menjalankan kenduri sudah mula hilang
sedikit demi sedikit lantaran masyarakat kita lebih suka menggunakan
perkhidmatan katering. Atas alasan mudah, kita sudah melupakan budaya
bekerjasama ketika mengadakan kenduri yang mempunyai banyak impak positif
tetapi penat itu. Usaha mengekalkan budaya kaum sudah pasti akan mengembalikan
nostalgia majlis kenduri yang dijalankan secara meriah.
Tambahan pula,
pengamalan budaya ini memastikan peraturan dan saling bergantung anggota
masyarakat diamalkan. Untuk mencapai perpaduan, semua kaum harus mengekalkan
budayanya kerana melalui budayalah kita bersatu. Sikap hormat antara satu sama
lain menyebabkan kita tidak akan cuba menyakiti kaum lain atas perkara-perkara
yang remeh. Sebaliknya, penghargaan terhadap budaya menguatkan semangat
perpaduan kita.
Kesimpulannya, budaya
atau adat sesuatu kaum itu merupakan satu khazanah yang arus dipertahankan oleh
rakyat negara ini. Usahlah kita terlalu memandang ke arah kemodenan sehingga
menganggap budaya sendiri sudah lapuk atau tidak sesuai lagi. Kita harus
melihat budaya sebagai satu alat yang mampu membentuk kita ke arah kemodenan
yang lebih baik lagi iaitu kemodenan rohaniah dan kebendaan. Mungkin selepas
menguasai budaya barulah kita boleh menganggap diri kita sudah mencapai
kemodenan hidup.
5. KEBUDAYAAN DALAM KEHIDUPAN MASYARAKAT
Kebudayaan memiliki
fungsi yang besar bagi manusia dan masyarakat, karena kekuatan yang harus
dihadapi oleh masyarakat dan anggota-anggotanya (misalnya kekuatan alam) yang
tidak selalu baik bagi mereka. Ditambah lagi manusia sebagai masyarakat itu
sendiri perlu kepuasan baik spiritual maupun material. Apabila manusia sudah
dapat mempertahankan diri dan menyesuaikan diri dengan alam serta hidup damai
dengan manusia-manusia lainnya, maka akan timbul keinginan untuk menyatakan
perasaan dan keinginan yang akan disalurkan seperti kesenian.
Jadi, fungsi kebudayaan
bagi masyarakat dapat kita bagi sebagai berikut:
1. Melindungi diri dari
alam
Hasil karya manusia
melahirkan tekhnologi yang mempunyai kegunaan utama di dalam melindungi
masyarakat terhadap lingkungan alamnya. Dengan tekhnologi, manusia dapat
memanfaatkan dan mengolah alam untuk kebutukan hidupnya, sehingga manisia dapat
menguasai alam.
2. Mengatur tindakan
manusia
Dalam kebudayaan ada
norma, aturan kaidah, dan adat istiadat yang kesemuanya itu berfungsi untuk
mengatur bagaimana manusia bertindak dan berlaku dalam pergaulan hidup dengan
anggota masyarakat lainnya. Dalam mengatur hubungan antar manusia, kebudayaan
dinamakan pula sebagai “design for living” artinya kebudayaan adalah
garis-garis pokok tentang perikelakuan atau “blue print for behavior”, yang
menetapkan peraturan-peraturan mengenai apa yang harus dilakukan dan apa yang
tidak boleh dilakukan.
Unsur-unsur normativ yang
merupakan bagian dari kebudayaan itu diantaranya adalah:
• Unsur yang menyangkut
pertanian, berhubungan dengan hal-hal yang baik dan buruk, menyenangkan dan
tidak menyenangkan. Misalnya, perilaku laki-laki yang memakai anting, kalung,
tato, rambut panjang, dan lain sebagainya yang terdapat dalam kehidupan
bermasyarakat dan pasti ada yang menilai baik dan buruknya.
• Unsur keharusan, yaitu
apa yang harus dilakukan seseorang.
• Unsur kepercayaan.
Misalnya, harus mengadakan upacara adat pada saat kelahiran, perkawinan,
kematian, dan lain-lain.
3. Sebagai wadah segenap
perasaan
Kebudayaan berfungsi
sebagai wadah atau tempat mengungkapkan perasaan seseorang dalam masyarakat
ataupun untuk memuaskan keinginan, misalnya dengan adanya seni-seni dalam
masyarakat
No comments:
Post a Comment