1. CARA MENGATASI MASALAH GEJALA SOSIAL REMAJA
Gejala sosial yang melibatkan
golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan, malahan membabitkan
kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini timbul
kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan
saksama lagi bijaksana.
PERANAN
IBU BAPA
Sesetengah ibu bapa harus mengakui
bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik anak-anak. Kemahiran
mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan mental
dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka
perlu dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu
remaja. Interaksi dengan anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa
`ibu dan bapa kemudian anak-anak’ tidak lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa
perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak’. Kemahiran mendengar dan
berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk anak
remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih
berkesan.
Ibu bapa harus peka dan membantu
remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka. Mereka perlu
dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut
mendorong remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya
mereka mahu membina jati diri sendiri.
Pendidikan daripada alam kanak-kanak
kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi mereka mulai bebas. Jika ibu bapa
masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat meluahkan masalah,
remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak
difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford)
merupakan suatu contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.
Institusi keluarga penting untuk
membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan
gejala sosial. Paling penting perlu
dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja
tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam
hal ini peranan ibu bapa sangat penting, terutamanya sebagai model kepada
anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat
hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan
masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk
berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa yang
memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak
akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika
berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka,
ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang
tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari
jalan penyelesaian terbaik.
Ibu bapa juga digalakkan merancang
aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan
Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka
puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat
sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan
anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh
membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak
perlu dibimbing.
Selain itu, ibu bapa perlu mengenali
rakan anakanak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak
membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak
kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar anak-anak mereka terhindar
dari perkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa
sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak
PERANAN
GURU DI SEKOLAH
Guru di sekolah pula bukanlah sekadar
pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada remaja. Guru yang
diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama
menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai
`pemerintah’ dan tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak
dipatuhi, bahkan mewujudkan pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini
pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai minat terhadap proses
pembelajaran.
PERANAN
PIHAK BERKUASA
Pihak berkuasa pula tidak boleh
mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi pada masa yang
sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas dan
penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares
dibanteras, seiring dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja
gemar menonton video lucah misalnya, tidak boleh dituding semata-mata kepada
ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan guru hares disalahkan,
sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa kawalan?
PERANAN
MEDIA MASSA
Media pula mesti mengawal penyiaran
secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan akhlak remaja tanpa
membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering
ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai
kreativiti remaja mesti sering diperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan
perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala
negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak perlu
bekerjasama membanteras fenomena ini agar tidak timbul masalah sosioekonomi
yang lebih serius.
PERANAN
KOMUNITI/MASYARAKAT
Setiap usaha yang dilakukan dalam
apa-apa permasalahan masyarakat tidak akan berjaya jika masyarakat di tempat di
mana masalah itu berlaku tidak turut sama menggembleng tenaga. Untuk
menggerakkan masyarakat Melayu ataupun komuniti Islam, tempat yang paling
sesuai dalam mendapat komitmen mereka ialah di masjid-masjid atau di
surau-surau. Kerana di sinilah masyarakat berkumpul pada setiap hari,
setidak-tidak pada waktu malam sekiranya mereka sibuk bekerja pada siang
harinya. Apabila masjid-masjid dan surau-surau mula membincangkan mengenai
cara-cara untuk menangani penyakit masyarakat ini, sudah pastilah Pelan Tindakan
yang disusun oleh kerajaan negeri melalui agensi-agensi kerajaan dan jabatan
yang berkaitan akan menjadi lebih mudah. Apa yang kita mahukan di sini ialah
masjid-masjid dan surau-surau menjadi perantara kepada mesej yang hendak
disampaikan oleh kerajaan negeri dalam mengubati penyakit ini serta kaedah
rawatan yang perlu diambil dan seterusnya kaedah pencegahannya. Apabila mandat
diberikan kepada pihak masjid serta surau dan seterusnya komuniti setempat
untuk melaksanakan program ini, sudah pasti masyarakat akan memandang tinggi
terhadap institusi masjid serta surau, dan mereka akan melihat hubungan
jambatan antara komuniti setempat dengan kerajaan negeri.
Pihak jawatankuasa masjid dan surau
hendaklah diberi kefahaman yang sepenuhnya bahawa usaha ini bukannya untuk
meraih keuntungan atau sokongan mana-mana pihak, tetapi ianya adalah untuk
manfaat masyarakat keseluruhannya. Kaedah ini adalah seperti mana yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w di mana masjid dijadikan tempat untuk
menyelesaikan segala permasalahan masyarakat, sumber rujukan, pusat kaunseling
dan seterusnya.
2.Faktor-faktor
yang mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah sosial di sekolah tunas bakti
Jika dulu, golongan remaja yang
terlibat dalam kes-kes jenayah yang serius hanyalah kecil
bilangannya, tetapi kini angka itu semakin meningkat dengan mendadak sekali
bukan sahaja
membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia
turut memberi kesan terhadap masyarakat dan kredibiliti sekolah yang berperanan
dalam pembentukan moral
dan tingkah laku generasi muda.
Pelbagai tafsiran atau label yang boleh diberikan kepada remaja-remaja yang
terlibat
dalam gejala sosial. Menurut Azizi dan Rosnah (2007), mereka yang melanggar
norma
masyarakat setempat ini dikenali sebagai kumpulan yang bertingkah laku devian.
Azizi dan
Rosnah juga menjelaskan, mereka yang bertingkah laku devian ini akan dikenali
sebagai
delinkuen apabila mereka masih bersekolah atau remaja. Apa yang jelas,
delinkuen ini adalah
tingkah laku yang melanggar peraturan dan undang-undang atau berkelakuan yang
tidak boleh
diterima oleh masyarakat. Sementara itu, menurut Haslina (2000) pula, delinkuen
dan tindakan
ganas oleh para remaja merupakan perlakuan yang diwarisi oleh para remaja yang
lebih muda
daripada remaja lelaki yang lebih tua aktiviti-aktiviti mereka tertumpu di
beberapa kawasan luar
sekolah.
Masalah sosial adalah sesuatu yang merangkurni pelbagai tingkah laku negatif di
dalam
anggota masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan
struktur
ekonomi yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak
faktor yang
mendorong remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat
ini. Menurut
Abd. Rahim (2006), penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca
daripada beberapa
faktor, antaranya faktor dalaman diri remaja itu sendiri dari aspek
perkembangan personaliti,
kegagalan fungsi institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan
Sharani (2004)
pula menyatakan pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan
akhlak di
kalangan remaja.
Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda
golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan
satu siri krisis
identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk
mengatasi cabaran
itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang
menguasai diri
remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh menyebabkan gejala sosial yang
sememangnya
parah akan bertambah parah. Fenomena ini merupakan salah satu daripada ancaman
kepada
sumber tenaga manusia boleh merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh
itu, segala
masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan diatasi
supaya ia tidak terus
mewujudkan ancaman besar terhadap pembangunan dan kemajuan negara.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja khususnya semakin
mencabar dengan
pelbagai masalah di dalam negara. Gambaran keruntuhan moral di kalangan ahli
masyarakat
khususnya pelajar-pelajar sekolah, muda-mudi hari ini di semua peringkat
digambarkan
menerusi perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan
juvana,
penagihan dadah, pembakaran sekolah dan sebagainya semakin meningkat.
kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial juga boleh dilihat pada Laporan
Kajian
Tingkahlaku Remaja Johor yang telah dijalankan oleh Jabatan Pentadbiran dan
Keadilan Sosial,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya (2000). Kajian yang
dijalankan oleh pihak
Universiti Malaya ini meliputi empat jenis tingkahlaku delinkuen iaitu
keganasan, salah laku seksual, penyalahgunaan dadah dan lepak. Dapatan kajian
ini menunjukkan sebanyak 32.9%
remaja terlibat dengan keganasan, sebanyak 39.8% remaja pula terlibat dengan
salahlaku seksual
dan remaja yang terlibat dengan salahguna dadah pula ialah sebanyak 34.2%.
remaja yang
terlibat dengan lepak pula adalah sebanyak 49.9%. Kajian yang telah dijalankan
oleh pihak
Universiti Malaya ini menunjukkan penglibatan remaja dalam masalah sosial
semakin serius dan
sudah tentunya ianya amat membimbangkan semua pihak.
Kadar penglibatan remaja dalam masalah sosial yang semakin serius ini semuanya
berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran, antaranya ialah diri sendiri,
latar belakang
keluarga, pengaruh rakan sebaya dan juga persekitaran sekolah. Daripada butiran
mengenai
tingkah laku-tingkah laku remaja dan faktor-faktor penglibatan mereka dalam
masalah sosial
yang telah dinyatakan, jelas menunjukkan gejala sosial bukanlah suatu penyakit
yang biasa,
tetapi ia sudah menjadi kudis yang semakin bernanah dalam masyarakat. Jika
tidak ditangani
dengan segera, gejala sosial ini akan menjadi semakin sukar untuk diubati.
Semua pihak haruslah
bekerjasama untuk mengatasi gejala sosial ini. Ibu bapa khusunya memainkan
peranan yang
penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak mereka supaya menjadi remaja dan
belia
yang menyumbang kepada kemajuan negara.
3.Gejala
sosial dalam kalangan remaja
GEJALA sosial
merupakan satu amalan tidak sihat yang sering dikaitkan dengan remaja pada masa
kini. Gejala atau masalah yang ketara yang dapat kita lihat dalam masyarakat
kita pada hari ini adalah seperti masalah atau gejala samseng atau
gangsterisme, seks bebas, pembuangan bayi, merempit atau lumba haram,
penyalahgunaan dadah, minum arak dan ponteng sekolah.
Gejala-gejala seperti ini dapat mendorong seseorang remaja terjebak ke lembah
yang boleh merugikan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Seringkali
kita dengar berbagai-bagai berita buruk yang sering disiarkan dikaca-kaca
televisyen, di corong-corong radio mengenai masalah ini terutamanya kes
pembuangan bayi, kes gangster (buli), dadah, ponteng sekolah dan lain-lain
lagi.
Zaman remaja merupakan zaman yang sangat menyeronokkan bagi setiap individu.
Pada zaman remaja, seseorang individu sudah semestinya ingin mencuba pelbagai
benda dalam kehidupan mereka.
Kehidupan zaman remaja seolah-olah memberikan kebebasan yang sepenuhnya untuk
melakukan pelbagai perkara tanpa berfikir panjang terlebih dahulu. Oleh sebab
itu, tidak mustahil seseorang remaja boleh terjebak ke lembah gejala sosial
yang tidak sihat ini.
Jika kita teliti dengan mendalam terdapat banyak punca kenapa golongan remaja
mudah terjebak dalam kancah gejala sosial. Antara punca-punca berlakunya
masalah ini adalah kurangnya didikan agama dalam keluarga, ibu bapa terlalu
sibuk dengan urusan harian mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai
ibu bapa terhadap anak-anak.
Selain itu, berpunca daripada pergaulan bebas, kurangnya kasih sayang ibu bapa
dan sebagainya. Hal ini, menyebabkan remaja sekarang terlalu bebas untuk
melakukan apa sahaja tanpa berfikir terlebih dahulu sama ada perkara yang
dilakukan itu baik ataupun buruk.
Oleh itu, masalah ini haruslah dibendung daripada sekarang agar tidak menyesal
dikemudian hari terutamanya ibu bapa. Ibu bapa perlulah meluangkan lebih banyak
masa bersama anak-anak di rumah, memberikan perhatian yang penuh kepada
anak-anak agar mereka lebih berasa disayangi.
Selain itu, pendidikan agama juga haruslah ditekankan dalam hidup anak-anak
supaya mereka berakhlak mulia dan tahu membezakan yang mana baik dan yang mana
buruk. Oleh itu, masalah ini perlu dikawal sejak dari rumah dan perlu
diterapkan sejak kecil lagi agar dapat melahirkan generasi yang elok perangai
dan akhlaknya pada masa hadapan bak mengikut peribahasa Melayu iaitu “sediakan
payung sebelum hujan”.
Kurangnya Nilai atau Pendididikan Agama
Kurangnya
nilai dan pegangan agama yang kukuh maka tidak mustahillah iman seseorang itu
akan goyah terutamanya insan yang baru hendak mengenal selok-belok kehidupan di
dunia ini yang penuh dengan segala cabaran dan dugaan hidup.
Ajaran agama perlulah diterapkan sejak dari rumah lagi. Ibu bapa
bertanggungjawab dalam memberikan ajaran agama yang sempurna untuk membentuk
akhlak anak-anak supaya lebih baik dan dapat membezakan antara yang baik dan
buruk.
Jika ibu bapa tidak menerapkan ajaran agama dalam diri remaja, sedikit sebanyak
remaja tersebut kurang panduan dalam menghadapi cabaran sosial yang serba
mencabar ini. Pendidikan agama perlu diterapkan dalam diri remaja sejak kecil
lagi.
Ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis sebenarnya sudah cukup
menyeluruh untuk dijadikan panduan hidup dalam menerangi kegelapan. Islam sudah
menerangkan secara jelas tentang bahana atau hukuman setiap gejala sosial jika
dilakukan oleh orang Islam.
Jika panduan agama ini dijadikan satu pegangan yang kukuh dalam diri maka,
secara tidak langsung gejala sosial tidak akan wujud dalam negara dan ia dapat
dibendung dengan baik sekali.
Hal ini tidak hanya berfokuskan kepada penganut agama Islam sahaja, agama-agama
lain juga seperti agama hindu, buddha, kristian dan lain-lain mencegah
sekeras-kerasnya penganut mereka melakukan perkara-perkara yang tidak baik yang
boleh menimbulkan kerumitan dalam hidup.
Sekiranya ajaran atau didikan agama yang sempurna maka, hidup manusia dalam
keluarga, masyarakat dan negara akan aman dan bebas daripada segala gejala
sosial yang timbul seperti lumba haram, dadah, bergaduh dan sebagainya.
Ibu Bapa Yang Terlalu Sibuk
Ibu
bapa yang terlalu sibuk dengan tugas masing-masing merupakan salah satu punca
berlakunya gejala sosial ini. Majoriti pada zaman sekarang ibu bapa boleh
dikatakan 80% bekerja kedua-duanya sehinggakan kualiti masa untuk bersama
dengan anak-anak di rumah tiada, menyebabkan kehidupan seharian anak-anak
terabai dan secara tidak langsung nilai kasih sayang juga berkurangan.
Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal
anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu peranan dan mengamalkan masa
yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk
berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada
mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan
mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah.
Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah
memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun
terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian
terbaik. Tetapi dunia hari ini, disebabkan kesibukkan itu ibu bapa semakin
merasakan berada di zon selesa.
4. KESAN MASALAH SOSIAL
Kesan Ke atas Individu
Seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain
putih yang tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu
bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan
dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding
individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang
serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar
muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan
perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan
remaja muslim pada hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya,
sebaliknya memalukan agama, bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan
gejala sosial ini akan memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang
remaja itu.
Kesan Ke atas Keluarga
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari institusi
kekeluargaanlah kebahagian dan keharmonian sesuatu masyarakat itu terbentuk.
Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan hilangnya
kebahagian dan keharmonian yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak seseorang
individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan
yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi
kekeluargaan akan memberikan kesan yang besar ke atas kebahagian dan
keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya
ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan
berlakunya penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan terbiar
dan tidak terpelihara, seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja.
Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak,
ketagihan dadah, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan
masalah-masalah yang lain.
Kesan Ke atas Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah
dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak
remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak
dibendung oleh pihak–pihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka
tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan
keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa. Namun
begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak
remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini
akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya
perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling
curiga-mencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan
apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud
seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah
dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh
kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
Kesan Ke atas Negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani
segera akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada
masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan
terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala
sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini
menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan
peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan
untuk mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap
masuk kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga
akhlak mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya
akhlak remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama
yang kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk
5. PERANAN MASYARAKAT DALAM MENANGANI GEJALA SOSIAL
mereka perlu
memasang mata dan telinga terhadap gelagat anak-anak muda kita - perlu lebih
proaktif dan prihatin akan hal-hal yang berlaku di sekeliling mereka - sebagai
contoh, anak muda kita pada awalnya akan menghisap rokok, kemudian akan
terlibat dalam gejala menagih dadah - jika terlihat remaja berkumpul dengan
rakan sebaya dalam keadaan mencurigakan, segera laporkan kepada pihak polis
ataupun paling tidak kepada ibu bapa mereka.- menjadi masyarakat prihatin,
proaktif dan penyayang
Isi 2 -
aktiviti yang dapat merapatkan hubungan kemasyarakatan hendaklah diadakan
- contoh, diadakan hari keluarga ataupun gotong-royong - apabila
aktiviti berfaedah seperti itu dapat dijalankan, hubungan silaturahim semakin
padu menyebabkan anak-anak muda berasa bersalah untuk melakukan perkara negatif
seperti mencuri di dalam taman perumahan mereka
Isi 3 - orang
dewasa dalam kelompok masyarakat perlu menjadi model untuk dicontohi oleh
anak-anak muda - andainya orang dewasa mahu melakukan perbuatan yang tidak
senonoh, janganlah di depan anak-anak muda, kelak dituduh seperti ketam
menyuruh anaknya berjalan betul - sebagai contoh, orang dewasa tidak boleh
menegur anak muda yang menghisap rokok sekiranya diri sendiri menghisap rokok.
Isi 4 - menegur atau membantu remaja yang sedang
menghadapi cabaran dalam kehidupan mereka - berani untuk menegur kelakuan
sumbang remaja - menjalankan tanggung jawab mereka untuk memberikan nasihat
kepada remaja kita supaya remaja tidak tersesat jalan – tidak terbabit
dalam pelbagai fenomena sosial yang menjejaskan imej rakyat negara ini juga
- sama-sama membantu remaja dengan memberi teguran dan sokongan kepada
remaja dalam menyelesaikan pelbagai cabaran kehidupan yang melanda jiwa muda
mereka itu
No comments:
Post a Comment