Wednesday, 19 July 2017

RAJA ALI HAJI BIN RAJA HAJI AHMAD


          Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad ( k.k 1808 - k.k 1873 ) atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji ialah seorang ulama, ahli sejarah serta pujangga Melayu-Bugis, dan terutamanya pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa, buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu buku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928.

          
LATAR BELAKANG

          Dilahirkan di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Raja Ali Haji merupakan keturunan kedua (cucu) kepada Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Lingga-Riau. Mahakaryanya, Gurindam Dua Belas yang diterbitkan pada tahun 1847 menjadi pembaharu arah aliran kesusasteraan pada zamannya, Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak dipengaruhi oleh perkataan Arab dan juga struktur Arab.


          Pada tahun 1822, sewaktu Raja Ali Haji masih kecil, beliau pernah dibawa oleh orang tuanya ke Betawi ( Jakarta ). Ketika itu bapanya, Raja Haji Ahmad menjadi seorang utusan Riau untuk menjumpai Gabenor Jeneral Baron van der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan oleh puteranya Raja Ali untuk menemui banyak ulama, untuk memperdalam ilmu pengetahuan Islamnya, terutama ilmu fiqh. Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar ilmu falak dengan beliau. Selain dapat mendalami ilmu keislaman, Raja Ali Haji juga banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan hasil pergaulan dengan sarjana-sarjana kebudayaan Belanda seperti T . Roode dan Van Der Waal yang kemudian menjadi sahabatnya.


          Kira-kira tahun 1827/1243H Raja Ali Haji mengikut bapanya Raja Ahmad pergi ke Makkah al-Musyarrafah. Raja Ahmad dan Raja Ali Haji adalah di antara anak Raja Riau yang pertama menunaikan ibadah haji ketika itu. Raja Ali Haji tinggal dan belajar di Mekah dalam jangka masa yang agak lama. Semasa di Mekah Raja Ali Haji sempat bergaul dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beliau sempat belajar beberapa bidang keislaman dan ilmu bahasa Arab dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang ketika itu menjadi Ketua Syeikh Haji dan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di Mekah. Beliau bersahabat dengan salah seorang anak Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari iaitu Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Barangkali ketika itulah, Raja Ali Haji sempat mempelawa ulama yang berasal dari Banjar itu supaya datang ke Riau, dan jika ulama tersebut bersetuju untuk datang, ulama itu akan dijadikan Mufti di kerajaan Riau. Dalam perjalanannya ke Mekah itu, Raja Haji Ahmad dan puteranya Raja Ali Haji pula mengambil kesempatan berkunjung ke Kaherah (Mesir), setelah itu kembali ke negerinya Pulau Penyengat, Riau.



          Pada zaman dahulu, kerajaan Riau-Johor memiliki ramai ulama antaranya Habib Syeikh keturunan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi. Tambahan lagi, saudara sepupu Raja Ali Haji yang bernama Raja Ali bin Raja Ja’far menjadi Yamtuan Muda Kerajaan Riau VIII (tahun 1845-1857) menggantikan saudaranya Raja Abdur Rahman bin Raja Haji Yamtuan Muda Kerajaan Riau VII (tahun 1833-1845). Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu untuk mengajar agama Islam, Raja Ali bin Raja Ja’far juga turut belajar dengan Raja Ali Haji.


          Setelah sekian lama, Raja Ali Haji terjun ke bidang pendidikan. Beliau dikatakan telah mengajar Ilmu Nahu, Ilmu Sharaf, Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf dan lain-lain. Raja Ali Haji mempunyai kepakaran yang tinggi dalam ilmu pengetahuan Islam, bahkan beliau memang seorang ulama besar pada zamannya.

          Ramai anak murid Raja Ali Haji yang telah menjadi tokoh terkemuka, di antaranya Raja Haji Abdullah yang kemudian menjadi Yamtuan Muda Riau IX, (tahun 1857-1858), Saiyid Syeikh bin Ahmad al-Hadi.

          Dalam ilmu syariat, Raja Ali Haji berpegang teguh dengan Mazhab Syafie, dalam iktikad berpegang akan faham Syeikh Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Manshur al-Maturidi, sedang dalam amalan tasauf beliau adalah seorang penganut Tarekat Naqsyabandiyah dan mengamalkan Selawat Dalail al-Khairat yang dibangsakan kepada Saiyid Sulaiman al-Jazuli, yang diamalkan secara beruntun sejak datuk-datuknya terutama Raja Haji as-Syahidu fi Sabilillah yang ketika akan meninggalnya masih tetap memegang kitab selawat tersebut di tangannya, sementara pedang terhunus di tangannya yang satu lagi.

           Raja Ali Haji meninggal dunia di Riau pada sekitar tahun 1873. Beliau ditetapkan oleh pemerintah Republik Indonesia sebagai pahlawan negara pada tahun 2006.

KARYA
          Bukunya yang berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa  merupakan kamus loghat Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga penggalan pertama serta kamus ekabahasa yang pertama di Nusantara. Beliau juga menulis Syair Siti ShianahSyair Suluh PegawaiSyair Hukum Nikah, serta Syair Sultan Abdul Muluk.

          Raja Ali Haji juga patut dijasai kerana penulisan sejarah Melayu. Bukunya yang berjudul Tuhfat al-Nafis ("Bingkisan Berharga" tentang sejarah Melayu), walaupun sangat lemah dari segi penulisan sejarah kerana tidak memberikan sebarang sumber dan tahunnya, dapat dianggap sebagai suatu penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu bersejarah yang lengkap. Sesetengah orang juga berpendapat bahawa Tuhfat  dikarang terlebih dahulu oleh Raja Ahmad, ayahnya yang juga merupakan sasterawan, dengan Raji Ali Haji hanya meneruskan apa yang telah dimulai ayahnya. Dalam bidang ketatanegaraan dan undang-undang,  Raja Ali Haji juga menulis Mukaddimah fi Intizam (undang-undang dan politik). Selain itu, beliau juga merupakan penasihat kerajaan.

1. Salasilah Melayu dan Bugis 1890
2. Tuhfat al-Nafis 1865
3. Bustanul-Katibin
4. Kitab Pengetahuan Bahasa
5. Gurindam Dua Belas
6. Syair Siti Shianah
7. Syair Suluh Pegawai
8. Syair Hukum Nikah
9. Syair Sultan Abdul Muluk 

Thursday, 13 July 2017

BAB 1 & 2 ASAL USUL BAHASA MELAYU

πŸ’ TEORI YUNAN
   
     πŸ‘‰ Teori yang paling popular.
     πŸ‘‰ Dinamakan sebagai Teori Affinities Gendang Donsong yang dikemukakan oleh dua orang iaitu H.Kern dan R.H.geldern.
     πŸ‘‰ Orang Melayu dikatakan datang ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang utama.
     πŸ‘‰ Melayu Negrito - Melayu Proto - Melayu Deutro.


    πŸ’© Robert Von Heine Geldern ( Sarjana Austria ) 
         * Teori ini lemah dan ditolak kerana kapak-kapak telah dijumpai di Ameria dan Eropah pada zaman yang sama.

    πŸ’© Hendrick Kern ( 1889 )
         * BM berasal daripada satu bahasa induk yang sama di Asia.
         * Beberapa perkataan yang digunakan seharian iaitu :
            - Tebu.
            - Nyiur.
            - Buluh.
            - Bambu.

         * Perkataan yand dirumuskan oleh Hendrick Kern digunakan iaitu di Pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain iaitu di Lautan Pasifik hingga ke Pulau Pass di Amerika.
         * Ia juga sama dengan perkataan-perkataan yang terdapat di Champa, Chochin Cina dan Kampuchea.

     πŸ’© Asmah Haji Omar ( 1988 )
          * Menyokong teori Hendrick Kern.
          * Proses migrasi atau perpindahan mereka tidak sekali gus dan tidak melalui satu jalan sahaja.
          * Ada yang melalui jalan darat iaitu tanah semenanjung, ada juga yang melalui jalan laut barat yang melalui Lautan Hindi dan ada yang melalui arah Timur, iaitu melalui Laut China Selatan.

     πŸ’© Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abd. Hamid Mahmod ( 1997)
          * Menyokong teori penutur-penutur BM datang dari daerah Yunan dan turun dalam beberapa gelombang pergerakan manusia.
          * Mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara tahun 2500 S.M hingga tahun 1500 S.M.
          * Masyarakat Ausronesia ini tersebar luas di seluruh Kepulaun Melayu dan Lautan Pasifik.



πŸ’ TEORI NUSANTARA

     πŸ‘‰ Bangsa Melayu dikatakan telah mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama dahulu.

     πŸ’© John Crawford ( 1884)
          * Membuat perbandingan antara BM iaitu :
             - BM dengan bahasa Lampung.
             - BM dengan bahasa Sunda.
             - BM dengan bahasa Madura.
             - BM dengan bahasa Bali.
             - BM dengan bahasa Bugis.
             - BM dengan bahasa di Indonesia Timor, iaitu Pulau Roti dan Pulau Sawu.

           * Terdapat juga perbandingan BM dengan bahasa Tagalog, Bisaya, Campa, Farmosa dan beberapa bahasa lain di lautan Pasifik hingga bahasa Malagasi iaitu di Pulau Madagaskar.
           * Merumuskan bahasa Melayu dan bangsa Jawa menjadi induk semua bahasa yang dinamakan iaitu "Malayan".
           * Berpendapat bahasa tertua dan menjadi induk kepada bahasa lain iaitu bahasa Jawa.

     πŸ’© Sultan Takdir Alishahbana ( ahli bahasa Indonesia )
          * Menyatakan bangsa Melayu ini berkulit gelap yang tinggal di Asia Tenggara seperti :
             - Thailand.
             - Myanmar.
             - Malaysia.
             - Indonesia.

          * Penduduk-penduduk ini dikatakan berasal dari rumpun bangsa yang sama.
          * Ia mempunyai persamaan dari segi warna kulit dan saiz bentuk badan.
          * Manusia Kuno adalah seperti Homo Soloinensis dengan Homo Wajakensis yang terdapat di Pulau Jawa.
          * Penemuan manusia kuno menunjukkan orang Melayu adalah kemungkinan daripada keturunan manusia kuno tersebut yang berasal dari Jawa.

     πŸ’© Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman ( ATMA, UKM )
          * Menegaskan bahawa orang Melayu sudah berada di Semenanjung sejak 35 000 tahun lalu.
          * Yang dijadikan bukti adalah daripada kajian arkeologi melalui pendekatan sejarah seni.
          * Mengemukakan perubahan atau teori evolusi.
          * Faktor berlakunya evolusi dan mengakibatkan kewujudan kapal layar iaitu :
             - perdagangan jalan darat.
             - perdagangan maritim.

          * Orang Melayu dan bumiputera sebenarnya berasal daripada satu baka dan dapat membezakan orang Melayu dengan bumiputera adalah anutan agama.



 πŸ’ RUMPUN BAHASA MELAYU

     πŸ‘‰ Rumpun bahasa Austronesia terdiri daripada 4 keluarga.
          bahasa yang lebih kecil, iaitu :

          πŸ’« Bahasa-bahasa Nusantara ( Bahasa-bahasa kepulauan Melayu ).
               - BM.
               - Aceh
               - Jawa Sunda.
               - Dayak.
               - Tagalog.
               - Solo.

          πŸ’« Bahasa-bahasa Polinesia.
               - Bahasa Tonga.
               - Bahasa Hawaii.
               - Bahasa Maori.
               - Bahasa Haiti.

          πŸ’« Bahasa-bahasa Melanisia
               - Kepulauan Fuji.
               - Kepulauan Irian.
               - Kepulauan Kaledonia.

          πŸ’« Bahasa-bahasa Mikronesia
               - Kepulauan Marshall.
               - Kepulauan Carolina.
               - Kepulauan Marianna.
               - Kepulauan Gilbert.  


     πŸ’© Keluarga Bahasa Melayu.
          * Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di 4 buah negara Asia Tenggara iaitu :
             - Indonesia.
             - Malaysia.
             - Brunei.
             - Singapura.

          * BM turut dikenali sebagai 'Bahasa Malaysia' iaitu di Malaysia.
          * Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan adalah turut dikenali di Singapura dan Brunei.
          * BM turut dituturkan di kepulauan Farmosa hingga ke Madagaskar.
          * Faktor yang menyumbang kepada penyebaran BM iaitu :
             - Perkahwinan.
             - Perdagangan.
             - Penghijrahan.
             - Penjajahan.

     πŸ’« Di Malaysia adalah BM berkembang, menyebar dan membentuk beberapa dialek yang kebetulan ditandai dengan persempadanan negeri.

     πŸ’« Wujud dialek-dialek iaitu :
          - Dialek Utara ( Kedah dan Utara Perak ).
          - Dialek P.Pinang.
          - Dialek Perak.
          - Dialek Johor.
          - Dialek Selangor.
          - Dialek Melaka.
          - Dialek Pahang.
          - Dialek Kelantan.
          - Dialek Terengganu.
          - Dialek N.Sembilan.
          - Dialek Sarawak.
          - Dialek Sabah.


      πŸ’ PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU 
           1. Bahasa Melayu Kuno.
           2. Bahasa Melayu Klasik.
           3. BahasaMelayu Moden.


   
     πŸ’© 1. BAHASA MELAYU KUNO.
              * Kegemilangannya berlaku dari abad ke-7 hingga ke abad ke-13, iaitu pada zaman Sriwijaya.
              * BM menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana :
                 - mudah menerima pengaruh luar dan bersifat sederhana.
                 - tidak dapat terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
                 - mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

              * Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.

              * BM Kuno dapat dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan
 huruf Palava.
                 - Batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang pada 683 M.
                 - Batu bersurat Talang Ruwo dekat dengan Palembang pada 684 M.
                 - Batu bersurat di Kota Kampur iaitu Pulau Bangka pada 686 M.
                 - Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin dan daerah Hulu Jambin pada 686 M.

              * Bahasa Melayu Kuno pada batu bersurat yang ditulis dalam huruf Nagiri iaitu di Gandasuli, Jwa Tengah.

     πŸ’© Ciri-Ciri Bahasa Kuno.
          * Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.
          * Susunan ayatnya bersifat Melayu.
          * Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno
             - contoh : ( bulan-wulan )
          * Bunyi e pepet tidak wujud
             - contoh : ( dengan-dgan @ dangan )
          * Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno
             - contoh : ( berlepas-marlapas )
          * Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu Kuno
             - contoh : ( diperbuat-niparwuat )
          * Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h
             - contoh : ( sukhatashitta )
          * Huruf h hilang dalam bahasa moden
             - contoh : ( semua-samuha, saya-sahaya )

     πŸ’© Peralihan BM Kuno ke BM Klasik
          * Dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara.
          * BM mengalami banyak perubahan dari segi seperti :
             - Kosa kata.
             - Struktur ayat.
             - Tulisan

          * Terdapat 3 batu bersurat yang penting memperlihatkan peralihan ini :
             πŸ‘‰ Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau ( 1356 )
                  -Ditulis dalam huruf India.
                  - Mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris lagi sajak Sanskrit.
                  - Bahasanya berbeza sedikit sahaja daripada bahasa batu bersurat pada abad ke-7.

             πŸ‘‰ Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh ( 1380)
                  - Masih memakai abjad India.
                  - Pertama kali terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi,
 Allah dan rahmat.

              πŸ‘‰ Batu bersurat di Kuala Berang, di Terengganu ( 1303-1387 )
                   - Ditulis dalam tulisan jawi.
                   - Membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam BM pada abad itu.

             * Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir pada perkembangan BM kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.



     πŸ’© 2. BAHASA MELAYU KLASIK.
              πŸ‘‰ Kegemilangan boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting seperti :
                   - Zaman kerajaan Melaka.
                   - Zaman kerajaan Acheh.
                   - Zaman kerajaan Johor-Riau.

               πŸ‘‰ Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah :
                   - Hamzah Fansuri.
                   - Syamsuddin al-Sumaterani.
                   - Syeikh al-Raniri
                   - Abdul Rauf al-Singkel.

      πŸ’© Ciri-Ciri Bahasa Klasik.
          * Ayatnya panjang, berulang dan berbelit-belit.
          * Ia mempunyai banyak ayat pasif.
          * Menggunakan dalam bahasa istana.
          * Kosa kata klasik seperti :
             - Ratna mutu manikam.
             - Edan kesmaran ( mabuk asmara )
             - Sahaya
             - Masyghul ( bersedih )

          * Banyak menggunakan perdu perkataan ( kata pangkal ayat ) seperti :
             - Sebermula.
             - Alkisah.
             - Hatta.
             - Adapun.

          * Bahasa Klasik adalah ayat songsang.
          * Banyak menggunakan partikel "pun" dan "lah".



     πŸ’© 3. BAHASA MELAYU MODEN.
              πŸ‘‰ Bermula pada abad ke-19.
              πŸ‘‰ Hasil karangan Munsyi Abdullah yang dianggap sebagai permulaan zaman
 bahasa Melayu moden.
              πŸ‘‰ Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi,
 berfungi seperti :
                   - Bahasa perantaraan.
                   - Bahasa Pentadbiran.
                   - Bahasa Kesusasteraan.
                   - Bahasa pengantar.

              πŸ‘‰ Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
              πŸ‘‰ Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Perkara 152.
              πŸ‘‰ Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara.
              πŸ‘‰Bahasa Melayu adalah sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara yang dicadangkan oleh Laporan Razak 1965.



     πŸ’© BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA.
       
          πŸ‘‰ Bahasa perhubungan di rantau nusantara.
          πŸ‘‰ Digelar bahasa pelabuhan pada zaman Melayu Melaka.
          πŸ‘‰ Mudah di pelajari berbanding dengan bahasa sanskrit dan juga bahasa jawa.
          πŸ‘‰ Mengalami evolusi yang pertama menerima bahasa sanskrit.


     πŸ’© BAHASA PERSURATAN
          * Hubungan
             - Digunakan oleh kerajaan Melayu dalam menjalinkan hubungan melalui perdagangan dengan kerajaan lain.

          * Skrip Jawi Terawal
             - Pada tahun 1521, dua pucuk surat sultan ternate kepada raja portugal.

          * Teks Jawi Tertua
             - Aqai'd al-Nafasi yang mengandungi 43 halaman dengan lima baris arab
dan lima baris terjemahan.



     πŸ’ PERKEMBANGAN BM MODEN


     πŸ’© a. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
              * Bertanggungjawab untuk merancang pemodenan BM seperti :
                 - Perancangan penetapan bunyi atau sebutan.
                 - Perancangan sistem ejaan.
                 - Peristilahan.
                 - Tatabahasa.
                 - Perkamusan.
                 - Penyubaran bahasa melalui penerbitan.
                 - Penghasilan karya sastera.

               * Usaha ini dilakukan dengan kerjasama oleh ahli-ahli bahasa dan pertubuhan
serantau terutamanya MABBIM.



     πŸ’© b. Melalui Sistem Pendidikan 
              * BM dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan juga turut diajar di sekolah jenis kebangsaan yang dicadangkan melalui Laporan Razak (1956 ).
              * Maktab Perguruan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1956 bertujuan untuk melatih cikgu-cikgu agar dapat mengajar dalam BM dengan baik.
              * Penggunaan BM diperluas di sekolah-sekolah jenis kebangsaan iaitu pada tahun 1970.
              * Beberapa subjek yang disampaikan dalam bahasa ibunda seperti :
                 - Sivik.
                 - Pendidikan jasmani.
                 - Pendidikan seni.

              * Peperiksaan LCE, MCE HSC dimansuhkan dan di peringkat institusi pengajian tinggi sebahagian daripada kursusnya disampaikan dalam BM.
              * Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970 khas
untuk memartabatkan BM.



     πŸ’© c. Peranan Badan-Badan bukan kerajaan ( NGO)
              * Usaha-usaha dalam memajukan BM turut disertai oleh NGO.
              *  Antara syarikat ialah :
                  - ESSO
                  -GAPENA

              * Kedua-dua syarikat telah beberapa kali menganjurkan peraduan mengarang
dalam bahasa Melayu sebagai usaha memajukan BM.
              * Institusi Insurans Malaysia telah bekerjasama dengan DBP untuk mencipta istilah dalam bidang perakaunan dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dalam bidang kebahasaan.
              * Aktiviti debat BM, pertandingan menulis dan pelbagai aktiviti kebahasaan sempena minggu amanah saham yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB ) pada setiap tahun.
              * Kerjasama dengan NGO menyumbang ke arah usaha memantap dan memajukan lagi BM agar setaraf dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi Malaysia dan bahasa kebangsaan.



     πŸ’© d. Peranan Kerajaan dan Perjuangan Mendaulatkan BM

               πŸ‘‰ Pendaulatan Bahasa melalui Perlembagaan dan Akta.
               πŸ‘‰ Perdaulatan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.
               πŸ‘‰ Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
               πŸ‘‰ Kerjasama serantau dan antarabangsa.


           


           







                 






     


         
   

         


   

Friday, 7 July 2017

                   β€ KATA KERJA TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF ❀


πŸ’ž   KATA KERJA TRANSITIF
   
       Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.

       contoh ayat :
       1. Ibu tertelan tulang ikan.
       2. Adik menendang bola di padang.
       3. Amir menaiki bas ke sekolah.
       4. Profesor Ali mengemukakan idea yang bernas.
       5. Dia cuba mempertemukan ibu dan anak yang sudah lama terpisah itu.



πŸ’ž   KATA KERJA TAK TRANSITIF
      
       Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.

       contoh ayat :
       1. Dia asyik tidur dari tadi.
       2. Adik berjalan menuju ke kantin.
       3. Lili menyanyi sambil menari.
       4. Wei Mun termenung memikirkan nasib diri.
       5. Mereka berpelukan sebaik saja bertemu.


 
   

TEKNOLOGI KRISIS MAKANAN

1 .  FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KRISIS MAKANAN Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah pertambahan penduduk di dunia yang ...