Friday, 7 July 2017

                   โค KATA KERJA TRANSITIF DAN TAK TRANSITIF โค


๐Ÿ’ž   KATA KERJA TRANSITIF
   
       Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.

       contoh ayat :
       1. Ibu tertelan tulang ikan.
       2. Adik menendang bola di padang.
       3. Amir menaiki bas ke sekolah.
       4. Profesor Ali mengemukakan idea yang bernas.
       5. Dia cuba mempertemukan ibu dan anak yang sudah lama terpisah itu.



๐Ÿ’ž   KATA KERJA TAK TRANSITIF
      
       Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.

       contoh ayat :
       1. Dia asyik tidur dari tadi.
       2. Adik berjalan menuju ke kantin.
       3. Lili menyanyi sambil menari.
       4. Wei Mun termenung memikirkan nasib diri.
       5. Mereka berpelukan sebaik saja bertemu.


 
   

No comments:

Post a Comment

TEKNOLOGI KRISIS MAKANAN

1 .  FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KRISIS MAKANAN Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah pertambahan penduduk di dunia yang ...