💝 TEORI YUNAN
👉 Teori yang paling popular.
👉 Dinamakan sebagai Teori Affinities Gendang Donsong yang dikemukakan oleh dua orang iaitu H.Kern dan R.H.geldern.
👉 Orang Melayu dikatakan datang ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang utama.
👉 Melayu Negrito - Melayu Proto - Melayu Deutro.
💩 Robert Von Heine Geldern ( Sarjana Austria )
* Teori ini lemah dan ditolak kerana kapak-kapak telah dijumpai di Ameria dan Eropah pada zaman yang sama.
💩 Hendrick Kern ( 1889 )
* BM berasal daripada satu bahasa induk yang sama di Asia.
* Beberapa perkataan yang digunakan seharian iaitu :
- Tebu.
- Nyiur.
- Buluh.
- Bambu.
* Perkataan yand dirumuskan oleh Hendrick Kern digunakan iaitu di Pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain iaitu di Lautan Pasifik hingga ke Pulau Pass di Amerika.
* Ia juga sama dengan perkataan-perkataan yang terdapat di Champa, Chochin Cina dan Kampuchea.
💩 Asmah Haji Omar ( 1988 )
* Menyokong teori Hendrick Kern.
* Proses migrasi atau perpindahan mereka tidak sekali gus dan tidak melalui satu jalan sahaja.
* Ada yang melalui jalan darat iaitu tanah semenanjung, ada juga yang melalui jalan laut barat yang melalui Lautan Hindi dan ada yang melalui arah Timur, iaitu melalui Laut China Selatan.
💩 Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abd. Hamid Mahmod ( 1997)
* Menyokong teori penutur-penutur BM datang dari daerah Yunan dan turun dalam beberapa gelombang pergerakan manusia.
* Mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara tahun 2500 S.M hingga tahun 1500 S.M.
* Masyarakat Ausronesia ini tersebar luas di seluruh Kepulaun Melayu dan Lautan Pasifik.
💝 TEORI NUSANTARA
👉 Bangsa Melayu dikatakan telah mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama dahulu.
💩 John Crawford ( 1884)
* Membuat perbandingan antara BM iaitu :
- BM dengan bahasa Lampung.
- BM dengan bahasa Sunda.
- BM dengan bahasa Madura.
- BM dengan bahasa Bali.
- BM dengan bahasa Bugis.
- BM dengan bahasa di Indonesia Timor, iaitu Pulau Roti dan Pulau Sawu.
* Terdapat juga perbandingan BM dengan bahasa Tagalog, Bisaya, Campa, Farmosa dan beberapa bahasa lain di lautan Pasifik hingga bahasa Malagasi iaitu di Pulau Madagaskar.
* Merumuskan bahasa Melayu dan bangsa Jawa menjadi induk semua bahasa yang dinamakan iaitu "Malayan".
* Berpendapat bahasa tertua dan menjadi induk kepada bahasa lain iaitu bahasa Jawa.
💩 Sultan Takdir Alishahbana ( ahli bahasa Indonesia )
* Menyatakan bangsa Melayu ini berkulit gelap yang tinggal di Asia Tenggara seperti :
- Thailand.
- Myanmar.
- Malaysia.
- Indonesia.
* Penduduk-penduduk ini dikatakan berasal dari rumpun bangsa yang sama.
* Ia mempunyai persamaan dari segi warna kulit dan saiz bentuk badan.
* Manusia Kuno adalah seperti Homo Soloinensis dengan Homo Wajakensis yang terdapat di Pulau Jawa.
* Penemuan manusia kuno menunjukkan orang Melayu adalah kemungkinan daripada keturunan manusia kuno tersebut yang berasal dari Jawa.
💩 Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman ( ATMA, UKM )
* Menegaskan bahawa orang Melayu sudah berada di Semenanjung sejak 35 000 tahun lalu.
* Yang dijadikan bukti adalah daripada kajian arkeologi melalui pendekatan sejarah seni.
* Mengemukakan perubahan atau teori evolusi.
* Faktor berlakunya evolusi dan mengakibatkan kewujudan kapal layar iaitu :
- perdagangan jalan darat.
- perdagangan maritim.
* Orang Melayu dan bumiputera sebenarnya berasal daripada satu baka dan dapat membezakan orang Melayu dengan bumiputera adalah anutan agama.
💝 RUMPUN BAHASA MELAYU
👉 Rumpun bahasa Austronesia terdiri daripada 4 keluarga.
bahasa yang lebih kecil, iaitu :
💫 Bahasa-bahasa Nusantara ( Bahasa-bahasa kepulauan Melayu ).
- BM.
- Aceh
- Jawa Sunda.
- Dayak.
- Tagalog.
- Solo.
💫 Bahasa-bahasa Polinesia.
- Bahasa Tonga.
- Bahasa Hawaii.
- Bahasa Maori.
- Bahasa Haiti.
💫 Bahasa-bahasa Melanisia
- Kepulauan Fuji.
- Kepulauan Irian.
- Kepulauan Kaledonia.
💫 Bahasa-bahasa Mikronesia
- Kepulauan Marshall.
- Kepulauan Carolina.
- Kepulauan Marianna.
- Kepulauan Gilbert.
💩 Keluarga Bahasa Melayu.
* Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan di 4 buah negara Asia Tenggara iaitu :
- Indonesia.
- Malaysia.
- Brunei.
- Singapura.
* BM turut dikenali sebagai 'Bahasa Malaysia' iaitu di Malaysia.
* Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan adalah turut dikenali di Singapura dan Brunei.
* BM turut dituturkan di kepulauan Farmosa hingga ke Madagaskar.
* Faktor yang menyumbang kepada penyebaran BM iaitu :
- Perkahwinan.
- Perdagangan.
- Penghijrahan.
- Penjajahan.
💫 Di Malaysia adalah BM berkembang, menyebar dan membentuk beberapa dialek yang kebetulan ditandai dengan persempadanan negeri.
💫 Wujud dialek-dialek iaitu :
- Dialek Utara ( Kedah dan Utara Perak ).
- Dialek P.Pinang.
- Dialek Perak.
- Dialek Johor.
- Dialek Selangor.
- Dialek Melaka.
- Dialek Pahang.
- Dialek Kelantan.
- Dialek Terengganu.
- Dialek N.Sembilan.
- Dialek Sarawak.
- Dialek Sabah.
💝 PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
1. Bahasa Melayu Kuno.
2. Bahasa Melayu Klasik.
3. BahasaMelayu Moden.
💩 1. BAHASA MELAYU KUNO.
* Kegemilangannya berlaku dari abad ke-7 hingga ke abad ke-13, iaitu pada zaman Sriwijaya.
* BM menjadi lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana :
- mudah menerima pengaruh luar dan bersifat sederhana.
- tidak dapat terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
- mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.
* Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit.
* BM Kuno dapat dilihat pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan
huruf Palava.
- Batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang pada 683 M.
- Batu bersurat Talang Ruwo dekat dengan Palembang pada 684 M.
- Batu bersurat di Kota Kampur iaitu Pulau Bangka pada 686 M.
- Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin dan daerah Hulu Jambin pada 686 M.
* Bahasa Melayu Kuno pada batu bersurat yang ditulis dalam huruf Nagiri iaitu di Gandasuli, Jwa Tengah.
💩 Ciri-Ciri Bahasa Kuno.
* Penuh dengan kata-kata pinjaman Sanskrit.
* Susunan ayatnya bersifat Melayu.
* Bunyi b ialah w dalam Melayu Kuno
- contoh : ( bulan-wulan )
* Bunyi e pepet tidak wujud
- contoh : ( dengan-dgan @ dangan )
* Awalan ber- ialah mar- dalam Melayu Kuno
- contoh : ( berlepas-marlapas )
* Awalan di- ialah ni- dalam bahasa Melayu Kuno
- contoh : ( diperbuat-niparwuat )
* Ada bunyi konsonan yang diaspirasikan seperti bh, th, ph, dh, kh, h
- contoh : ( sukhatashitta )
* Huruf h hilang dalam bahasa moden
- contoh : ( semua-samuha, saya-sahaya )
💩 Peralihan BM Kuno ke BM Klasik
* Dikaitkan dengan pengaruh agama Islam yang semakin mantap di Asia Tenggara.
* BM mengalami banyak perubahan dari segi seperti :
- Kosa kata.
- Struktur ayat.
- Tulisan
* Terdapat 3 batu bersurat yang penting memperlihatkan peralihan ini :
👉 Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau ( 1356 )
-Ditulis dalam huruf India.
- Mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris lagi sajak Sanskrit.
- Bahasanya berbeza sedikit sahaja daripada bahasa batu bersurat pada abad ke-7.
👉 Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh ( 1380)
- Masih memakai abjad India.
- Pertama kali terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi,
Allah dan rahmat.
👉 Batu bersurat di Kuala Berang, di Terengganu ( 1303-1387 )
- Ditulis dalam tulisan jawi.
- Membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam BM pada abad itu.
* Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir pada perkembangan BM kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
💩 2. BAHASA MELAYU KLASIK.
👉 Kegemilangan boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting seperti :
- Zaman kerajaan Melaka.
- Zaman kerajaan Acheh.
- Zaman kerajaan Johor-Riau.
👉 Antara tokoh-tokoh penulis yang penting ialah :
- Hamzah Fansuri.
- Syamsuddin al-Sumaterani.
- Syeikh al-Raniri
- Abdul Rauf al-Singkel.
💩 Ciri-Ciri Bahasa Klasik.
* Ayatnya panjang, berulang dan berbelit-belit.
* Ia mempunyai banyak ayat pasif.
* Menggunakan dalam bahasa istana.
* Kosa kata klasik seperti :
- Ratna mutu manikam.
- Edan kesmaran ( mabuk asmara )
- Sahaya
- Masyghul ( bersedih )
* Banyak menggunakan perdu perkataan ( kata pangkal ayat ) seperti :
- Sebermula.
- Alkisah.
- Hatta.
- Adapun.
* Bahasa Klasik adalah ayat songsang.
* Banyak menggunakan partikel "pun" dan "lah".
💩 3. BAHASA MELAYU MODEN.
👉 Bermula pada abad ke-19.
👉 Hasil karangan Munsyi Abdullah yang dianggap sebagai permulaan zaman
bahasa Melayu moden.
👉 Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi,
berfungi seperti :
- Bahasa perantaraan.
- Bahasa Pentadbiran.
- Bahasa Kesusasteraan.
- Bahasa pengantar.
👉 Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
👉 Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan Perkara 152.
👉 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara.
👉Bahasa Melayu adalah sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara yang dicadangkan oleh Laporan Razak 1965.
💩 BAHASA MELAYU SEBAGAI LINGUA FRANCA.
👉 Bahasa perhubungan di rantau nusantara.
👉 Digelar bahasa pelabuhan pada zaman Melayu Melaka.
👉 Mudah di pelajari berbanding dengan bahasa sanskrit dan juga bahasa jawa.
👉 Mengalami evolusi yang pertama menerima bahasa sanskrit.
💩 BAHASA PERSURATAN
* Hubungan
- Digunakan oleh kerajaan Melayu dalam menjalinkan hubungan melalui perdagangan dengan kerajaan lain.
* Skrip Jawi Terawal
- Pada tahun 1521, dua pucuk surat sultan ternate kepada raja portugal.
* Teks Jawi Tertua
- Aqai'd al-Nafasi yang mengandungi 43 halaman dengan lima baris arab
dan lima baris terjemahan.
💝 PERKEMBANGAN BM MODEN
💩 a. Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
* Bertanggungjawab untuk merancang pemodenan BM seperti :
- Perancangan penetapan bunyi atau sebutan.
- Perancangan sistem ejaan.
- Peristilahan.
- Tatabahasa.
- Perkamusan.
- Penyubaran bahasa melalui penerbitan.
- Penghasilan karya sastera.
* Usaha ini dilakukan dengan kerjasama oleh ahli-ahli bahasa dan pertubuhan
serantau terutamanya MABBIM.
💩 b. Melalui Sistem Pendidikan
* BM dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan juga turut diajar di sekolah jenis kebangsaan yang dicadangkan melalui Laporan Razak (1956 ).
* Maktab Perguruan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1956 bertujuan untuk melatih cikgu-cikgu agar dapat mengajar dalam BM dengan baik.
* Penggunaan BM diperluas di sekolah-sekolah jenis kebangsaan iaitu pada tahun 1970.
* Beberapa subjek yang disampaikan dalam bahasa ibunda seperti :
- Sivik.
- Pendidikan jasmani.
- Pendidikan seni.
* Peperiksaan LCE, MCE HSC dimansuhkan dan di peringkat institusi pengajian tinggi sebahagian daripada kursusnya disampaikan dalam BM.
* Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1970 khas
untuk memartabatkan BM.
💩 c. Peranan Badan-Badan bukan kerajaan ( NGO)
* Usaha-usaha dalam memajukan BM turut disertai oleh NGO.
* Antara syarikat ialah :
- ESSO
-GAPENA
* Kedua-dua syarikat telah beberapa kali menganjurkan peraduan mengarang
dalam bahasa Melayu sebagai usaha memajukan BM.
* Institusi Insurans Malaysia telah bekerjasama dengan DBP untuk mencipta istilah dalam bidang perakaunan dan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) dalam bidang kebahasaan.
* Aktiviti debat BM, pertandingan menulis dan pelbagai aktiviti kebahasaan sempena minggu amanah saham yang dianjurkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB ) pada setiap tahun.
* Kerjasama dengan NGO menyumbang ke arah usaha memantap dan memajukan lagi BM agar setaraf dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi Malaysia dan bahasa kebangsaan.
💩 d. Peranan Kerajaan dan Perjuangan Mendaulatkan BM
👉 Pendaulatan Bahasa melalui Perlembagaan dan Akta.
👉 Perdaulatan melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan.
👉 Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
👉 Kerjasama serantau dan antarabangsa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TEKNOLOGI KRISIS MAKANAN
1 . FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KRISIS MAKANAN Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah pertambahan penduduk di dunia yang ...
-
1. KEPENTINGAN USAHA MENGEKALKAN BUDAYA WARISAN BANGSA Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Wa...
-
1. FAKTOR MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENGANGGURAN i) Kegawatan ekonomi meningkatkan pengangguran siswazah. · Kegawatan ekonomi yang meland...
-
1 . FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KRISIS MAKANAN Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah pertambahan penduduk di dunia yang ...
No comments:
Post a Comment