Thursday, 14 September 2017

BAB 14

BENTUK-BENTUK KOMUNIKASI DI KHALAYAK
  • Pidato/Syarahan
  • Perbahasan
  • Forum
  • Ucapan
  • Temuramah
  • Pengacaraan majlis
  • Taklimat
  • Pengendalian mesyuarat
  • Ulasan dan komentar

Pidato/syarahan
  • pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik
  • Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan

Aspek-aspek penting dalam penyampaian syarahan yang berkesan

Kelancaran
  • berkeyakinan tinggi terhadap diri dan pengetahuan yang sedia ada
  • elak menggunakan wacana seperti 'eh', 'em' atau 'ya'
  • sampaikan syarahan mengikut tempoh sederhana, elakkan terlalu laju atau perlahan

Nada dan intonasi
  • suara sedap didengar dan menarik
  • Nada dan intonasi haruslah dipelbagaikan dan dikawal untuk tujuan yang tertentu. Misalnya : 
          -Nada tinggi dan bersemangat apabila ingin menarik minat atau perhatian
          -Nada perlahan apabila hendak merayu dan meminta simpati
          -Nada sederhana tapi mesra apabila memujuk
          -Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi pendengar
          -Nada tinggi dan lantang apabila hendak membakar emosi pendengar


Kecekapan berbahasa
  • Syarahan berkesan disampaikan dengan menggunakan bahasa yang gramatis
  • Ciri-ciri penggunaan bahasa yang baik :

  1.  Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis          
  2. Aras bahasa bersesuaian dengan audien
  3. Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan ke dalam syarahan untuk menarik minat audien. Contoh, pantun, bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan
  4. Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik minat     
  5. Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien.
  6. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab.

No comments:

Post a Comment

TEKNOLOGI KRISIS MAKANAN

1 .  FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KRISIS MAKANAN Pakar ekonomi dunia berpandangan bahawa masalah pertambahan penduduk di dunia yang ...